PENGUBAT RASA SUSAH DAN SEDIH

Assalamualaikum semuaa.. hari ni, saya baru jer baca sal cara-cara nak ubati rasa susah dan sedih dalam menghadapi musibah. semoga entry ni dapat menolong korang supaya lebih tabah dalam kehidupan seharian. :)
 0keyy.. ikuti lah entry ni sampai abez, eah.? :)

apabila menghadapi musibah;


~> korang kena ingat, setiap musibah yang menimpa diri korang tu bukan untuk menjatuhkan diri korang tau! dan sesuatu yang menjatuhkan korang pun bukan lah merupakan musibah semata-mata jugak.
ALLAH SWT berfirman:
maksudnya,
tiada satu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepada kamu. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.
(Surah Al-Hadid: 22-23).


~> korang kena ingat gak, walaupun korang ditimpa musibah, Allah masih meninggalkan nikmat yang sama nilainya, bahkan juga lebih tinggi daripada musibah yang korang deritai. lau korang sabar n rela terhadap musibah itu, ia adalah kekuatan yang besar untuk menghilangkan kesusahan dan kesedihan. jika Allah mengkehendaki, Dia akan memberikan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang dah hilang dari tangan korang tu.

~> korang gak kena tengok orang laen yang lebih susah dari korang. ambil iktibar dari situ. ingat lar, bahawa setiap kesenangan itu akan ada kesusahan. contohnyer, orang yang kaya. walaupun kiter nampak diorang bersenang-lenang jer lam kehidupan diorang, sebenarnya Allah nak uji diorang. sama ada diorang pandai gunakan ker tak kesenangan yang diberikan tu. semua orang yang berjaya, pernah mengalami kesusahan dalam hidup diorang. kekadang, diorang terpaksa kehilangan sesuatu yang disayanginya. n kekadang plak, diorang terpaksa mendapat sesuatu yang dibencinya. korang mesti pernah dengar, kan, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.? semua nya perlu kan usaha untuk mendapatkan sesuatu.


~> memang kita xleyh nak menafikan, bahawa kesedihan itu tak dapat ditolak. saya pun slalu gak rasa sedih. and saya bukan nya nak pun perasaan sedih camtu. tapi nak wat camner agi, kan.? kesedihan yang datang tu, memang TAK BOLEH ditolak lagi. TAPI, kiter leyh kurangkan kesedihan tu. contohnyer, buat sesuatu yang boleh menggembirakan kita. kita jangan lar pikir sal benda yang wat kter sdeyh tu. nanti smakin bertambah sedih tu tau. 

~> yang paling penting semasa menghadapi kesedihan dalam musibah, korang kena SABAR. engat eah, sabar itu separuh daripada iman. assobarun minal iman. :)
ingatlah, bahawa bersabar serta mengharapkan keredhaan Allah SWT jauh lebih baik dan boleh meringankan beban yang korang tanggung tu, daripada tenggelam dalam kesedihan yang akan membawa seribu akibat. cuba fikirkan, yang mana lebih baik. sama ada musibah yang dihadapi sekarang ini ataupun musibah hilangnya ganjaran syurga yang telah dijanjikan Allah SWT.? fikir-fikirkan lah eahh.?? :)




~> lau kiter sabar lam menghadapi dugaan, kiter leyh pahala, tau! lau kiter redha, Allah akan meredhai kiter gak tauu.?? :) 
so, korang pikir-pikirkanlah yang mane baik untuk korang. :)





~> Allah TAK AKAN memberikan dugaan yang korang tak mampu untuk menghadapinya. ingat tu. Dia yang MAHA PENYAYANG tidak akan sekali-kali membebankan hamba-hambaNya.


yang paling penting, jangan lupa solat dan berdoalah setiap waktu. DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN.



okey larh korang sumer. saya harap entry ni dapat memberi korang semangat yer.? dah, jangan sedih-sedih agi. senyum, k.?? sesungguhnya senyum itu satu sedekah. and senyum jugak penawar kesedihan tau. saya arap hidup korang sumer akan sentiasa ceriaa.. okeyy..?? Assalamualaikum semuaaa.. :)

Comments

Popular Posts