RASA

Pernah tak, dari sudut emosi, rasa macam ok. Tapi badan sangat penat dan seolah-olah tidak mendapat rehat yang cukup.


Last time, saya ada borak dengan doktor. Ada beberapa hal yang buatkan fizikal rasa exhausted, tapi dari segi mental, ok je. 


Doktor tu kata, rasa tu muncul kerana fizikal kita tengah protect diri sendiri daripada rasa yang mencengkam. Mungkin ada hal yang sebenarnya berat tapi minda kita berupaya tenang, tapi hakikatnya badan kita yang tengah ambil tanggungjawab untuk protect diri kita daripada rasa lemah, sedih yang berpanjangan, dan emosi yang mungkin boleh buat kita rasa berputus asa dengan dunia.


Jadi, badan kita tetap penat meskipun kita dapat tidur yang cukup, tak buat aktiviti fizikal yang teruk, dan lain-lain yang boleh jadi penyebab fizikal low.


Fungsinya, supaya kita masih boleh berfungsi dengan baik, pergi kerja, berinteraksi dan bersosial dengan manusia, dan lain-lain.


Jadi, apa yang kita boleh buat bila rasa sedemikian muncul?


1. Jaga pemakanan.

Pemakanan yang seimbang tetap penting pada waktu-waktu sebegini.

Kalau rasa tak bersemangat atau tiada selera makan, saya rasa boleh cadangkan untuk berpuasa. Tapi waktu berbuka, pastikan badan kita dapat nutrient yang cukup. Protein dan sayur itu tetap penting. Nak kurangkan karbo, silakan. Ambillah masa sebegini untuk diet, jaga diet yang betul, ye dak? Haha. Kena lah kreatif untuk part begini.


2. Exercise.

Ya, faham je rasa penat fizikal tu agak sukar nak exercise. Tapi tak perlu pun nak kena jogging atau running sampai ber-kilometer. Cukup sekadarnya, 10 minit small exercise pun ok. Benda ni penting untuk kita bagi 'happy pills' dekat diri sendiri. Tau tak exercise boleh bagi kita happy? Jadi, secara tak langsung, kita bantu badan kita untuk 'keluar' dari rasa lemah tu. 


3. Nak lagi ke? Haha. Cukup lah dua tu dulu. Buat yang tu, itu yang penting. Tapi kalau nak tambah, boleh tambah dari segi ibadah. Jaga ibadah, baca quran, zikir dan lain-lain. Ini penting untuk kita tetap rasa ada kebersamaan bersama Tuhan. Kalau ada kawan, boleh jugak bersosial sikit-sikit, untuk boost rasa gembira, supaya badan kita dah tak rasa ia berada dalam tekanan dan kawalan ketat. Jadi secara tak langsung, kita takkan kekal dalam rasa penat tu.


Slowly, kita akan sembuh dari rasa tu, Insyaallah.


MQ, 2026

Comments

Popular Posts