TENANGLAH

Tenang. Tunjukkan yang tenang, tak bermakna mereka benar-benar tenang. 


"Saya sakit, tak bagitahu pun orang. Hadap sorang-sorang je."


Kata-kata tu buatkan aku terfikir, aku kah yang salah, jika seseorang memilih untuk memendam rasa? Aku kah yang salah jika aku yang dahulunya juga memilih untuk hadap sendiri, namun sudah bertemu cara untuk melampiaskan rasa melalui aktiviti demi aktiviti, melalui perbualan dengan manusia secara tidak langsung, melalui bersosial secara sihat dengan manusia baharu, juga dengan memperluaskan dan perbanyakkan rakan baharu agar fikiran aku lebih terbuka dan menerima ujian yang aku perlu hadap, tanpa memperkecilkan diri sendiri dan manusia lain? 


.


Ada kalanya, aku juga harus memilih aku, bukan kerana sudah tidak peduli, tetapi kerana manusia lain juga memilih mereka. Adakah patut aku terus memilih orang yang belum tahu cara untuk menghargai diri aku, jadi, siapa yang akan memilih aku? Siapa yang akan mempertahankan aku, jika aku juga memilih mereka?


...


Semalam kami ada diskusi sambil melayan kopi, topik hari Asyura, disertakan dengan kisah nabi Musa membelah laut dengan tongkatnya.


Satu perkara yang aku nampak melalui teladan nabi Musa dan Maryam (kisah Maryam melahirkan nabi Isa) adalah, "Pukullah laut dengan tongkatmu" serta "Goncangkanlah pokok kurma itu dengan kedua tanganmu." --It's something like that, I tak ingat sangat ayat atau firman asal, tapi persamaan mereka adalah, 'Buatlah sesuatu, nanti akan dapat hasilnya,' walaupun benda tu tak logik.


Like, mereka juga tidak tahu apa yang akan berlaku dengan usaha itu. Namun apa yang mereka miliki adalah keyakinan pada Ilahi, bahawa Allah pasti akan bantu. 


Dan dalam satu buku yang saya baca sebelum ni, ada satu kurnia Tuhan yang diberikan buat manusia, iaitu hunch ataupun firasat, kata hati, detik di hati, atau apa lagi yang kita boleh namakan, lintasan hati. 


Ada kalanya, lintasan hati yang hadir pada saat genting merupakan satu kurniaan daripada Allah. Mungkin melaluinya, kita diselamatkan daripada bahaya, atau dibantu keluar daripada situasi yang terasa buntu seperti berada di hadapan Laut Merah.


Dan bercakap tentang lintasan hati, saya adalah seorang yang mudah memaafkan. Sebab saya tahu kita adalah manusia dan akan berbuat silap. Tak pernah lagi ada manusia yang saya block atau putuskan untuk jauhkan diri secara total, kecuali this one person. 


Dah few times saya terdetik untuk block dia, tapi tak sampai hati.


Sehinggalah semalam.


..

Reason?

Sebab saya perlu jaga hati saya.

Tipulah kalau saya cakap saya ok untuk block dia, bahkan sebenarnya menangis sehingga tertidur. 


Dan after block, saya hanya send satu mesej di NGL dia, minta maaf sebab dia pernah cakap jangan block dia. Rasa bersalah, meskipun saya tak rasa saya janji, tapi ia terasa seperti menyakitkan. 


Yeah. Me too, meski nampak ok, baik-baik sahaja, tetap ada hal-hal menyakitkan yang perlu dihadapi.


Jadi, jangan rasa kamu bersendirian.


Tuhan takdirkan kita dengan pelbagai ujian dan nikmat.

Jadi kenapa kita perlu meromantisasikan sakit semata, atau memikirkan kita sahaja yang teruk diuji di dunia?


Pasti, pada saat ini, ujian ini dihadapi oleh pelbagai jenis manusia, sama seperti kamu.


Bergembiralah.

Bertenang-tenanglah.


Dan,

Carilah solusi yang mengikut syariat Islam,

biiznillah.


MQ

29 Jun 2026

Serdang. 

Comments

Popular Posts