"DENGAN IZIN ALLAH"

Dah lama tak sempat nak menulis. Ter-sibuk dengan urusan dunia demi kebaikan di akhirat sana, cey. 


Bila jadi ketua, fikiran kena susun dengan terancang terutamanya hal-hal kecil yang orang lain boleh terlepas pandang. 


Tapi alhamdulillah semua masih boleh berfungsi dengan baik, cuma sekarang rasa macam dah malas nak jaga food intake and rasa nak masuk gua je, tapi disebabkan amanah lain yang masih perlu dijaga, maka tak apa lah. 


You guys pun mesti pernah rasa jugak kan, penat, nak rehat, tapi tak boleh rehat panjang sangat. Haha.


Sebenarnya nak kena jugak ni relaks minda, nak letak otak kat tepi je tanak guna kejap. Tapi tatau bila. Member sorang tu ada cakap nak ajak mancing tapi masing-masing pun sibuk hahah. 


At this rate I feel like, nak kawen la, sebab nak bagi husband je guna otak dia. kahkah. Tapi takpe, kita prepare jela dulu. I dah plan nak ambil sijil kursus kahwin tapi tarikh bulan ni dah penuh, so nanti jelah. Bulan depan tatau lagi bila akan free. Dahla dua hari kursus tu. Dan kalau ikutkan, HIV test pun kalau boleh nak terus buat je even tak tahu lagi bila akan kahwinnya hahah tapi sebab yang tu memang kena buat within 3 bulan so takpelah. Tunggu jelah dulu. Tunggu dan bersedia je.


Orang cakap, perlu ada bukti kalau kita betul-betul bersedia kan. Jadi kursus kahwin yang valid forever tu la salah satu persediaan saya.


Dari segi perancangan lain, I dah tahu nak wedding kecik je sebab I tak suka jadi perhatian ramai sangat dan buang masa dan tenaga je kalau wedding besar haha. Dah tiber, cakap pasal wedding pulak. 


Anyway, haritu I bagitahu my mum, then my mum tanya I balik, confirm dah ke nak kawen? Sebab dalam ramai2 anaknya, I sorang je wengweng tak kesah sangat pasal marriage and so on. Sibs I SEMUA dah ada pasangan termasuklah adik bongsu. I je duk main-main lagi dalam hidup I, entah apa lagi lah yang I nak kejar.


To be honest, I dah boleh slow down banyak hal. Alhamdulillah, study pun dah nak tamat, tunggu praktikum pastu dapatkan job. 


Dan sejujurnya juga, I rasa dah boleh slowly lepaskan genggaman I terhadap banyak hal yang tak pasti tu. Sebelum ni, I nak hidup I semuanya I prepare and so on.


Sekarang, I rasa ok je kalau I tak bersedia 100%, sebab I tahu dan yakin Tuhan ada, Tuhan pasti akan bantu. Antara hal yang I rasa dulu I takut kalau tak prepare, tak tahu. Sekarang, I yakin, semua akan baik-baik sahaja, as long as kita tetap amar makruf nahi mungkar. 


Ini adalah salah satu kejayaan terbesar untuk diri I pada tahun 2026 ni, untuk kembali meletakkan urusan di tanganNya. Kita usaha, kemudian tawakkal. Apa yang kekal pergi, bererti ia bukan ditakdirkan milik kita. Apa yang tetap ada, insyaallah, itulah yang terbaik buat kita pada saat itu :)


Biiznillah.


MQ,

9 Jun 2026


Comments

Popular Posts