CINTA INI MILIK ALLAH SWT
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Hai semua. Erm, takdinafikan lagi, semua yang kita ada and kita kenal adalah milik Allah yang mutlak dan hanya dipinjamkan kepada kita. Kita hanya boleh mensyukuri segala nikmat yang dipinjam itu dengan menjaganya dengan baik.
Alhamdulillah. Setakat ini, kita masih diberikan pinjaman nafas untuk terus beribadah serta menggembirakan hati orang-orang yang kita sayangi. Kita kena sedar, tiada apa di dunia ini yang boleh dikatakan milik kita sebab kita hanya meminjam ianya daripada Allah SWT.
Parents, guru, adik-beradik, kawan-kawan, mahupun teman setia juga merupakan pinjaman untuk mengubati kesedihan. Yupp. Sedihh. Dukaa, lara,, sakitt,, and, so on lar. Tu sumer merupakan pinjaman daripada Allah SWT yang akan kita kembalikan satu hari nantii...
Ada satu kata-kata yang membuatkan syu sedar, bahawa syu telah tersilap dan leka dengan pinjaman ini.
" Sesungguhnya, cinta dan hati saya milik Allah....
Setiap bisikan cinta ini adalah milik Allah ....
Diri awak dan saya juga adalah milik Allah..
Jadi.. Biarlah Allah menjaga cinta kita...
Sehingga tiba waktunya,..."
Sungguh, syu berterima kasih sangat kepada orang yang telah menyedarkan syu akan hakikat CINTA INI ADALAH MILIK ALLAH SWT.
Syu mintak maaf sebab terleka dengan dunia syu sendiri. Syu bersyukur sangat sebab masih ada insan yang sudi menasihati syu tatkala syu tersungkur dan hampir rebah disebabkan oleh C.I.N.T.A.
Yupp. Cinta. Cinta memang boleh membuatkan kita semua terleka, kann?? Yess?!
Comments
Post a Comment