BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH . . .

Assalamualaikum ya ukhti.. Salam sejahtera wahai rakan sekalian..
Tadi, sedang syu membuat kerja iaitu menggunting lada kering *hehe* , syu tiba tiba terfikir, *nasib baik taktergunting tangan.huhu* kenapa sesetengah pasangan yang bercinta , apabila cinta itu kecundang ditengah jalan, mereka tidak lagi mampu berbaik sesama mereka???

Pernah tak korang terfikir, ataupun mengalami sendiri atau kawan korang maybe yang mengalami kejadian sebegini??

Ha, semasa syu sedang potong punya potong tu, akhirnya syu terfikir , tujuan mereka.
Apa sebenarnya tujuan mereka bercinta?? Adakah kerana Allah??? Ataupunn,,, kerana nafsuu?????

Nafsu mengatakan perempuan cantik kerana rupa, akal mengatakan manusia cantik kerana bijak, tapi iman pasti mengatakan perempuan cantik kerana akhlaknya. Betul takk???

So, kalau seseorang tu mencintai pasangannya kerana rupa, pasti suatu hari nanti rupa itu tidak akan bertahan lama, kann?? And kalau kerana kebijaksanaan pasangan pula, pastinya suatu hari nanti Allah boleh menarik nikmat itu, kerana apabila tua nanti, semua orang pasti akan nyanyuk, kann?? Hehe. Tapi taksemuanya macam tu. Kalau kemalangan pun boleh mengakibatkan seseorang itu hilang ingatan sekiranya otaknya bergegar, tau!

Itu lah akibatnya sekiranya kita mencintai makhluk-Nya disebabkan nikmat yang kita perolehi daripadaNya. Cuba kita fikir tentang keimanan pula. Ya, memang iman itu nikmat jua. Tapi iman itu kita sendiri yang menentukannya, betul takk??

Buktinya, kecantikan dan kebijaksanaan boleh diwarisi. Dan memang, Islam kini juga diwarisi, TAPI bukanlah iman. Ini kerana, kita sendiri yang menentukan sekuat mana iman kita.

Anak seorang jutawan, boleh menjadi kaya juga setelah mewarisi harta kekayaan keluarganya. Anak seorang model, boleh aja mewarisi genetik yang menawan jua. Tapi anak seorang imam??? Taksemestinya akan mewarisi iman kedua ibu bapanya. Setuju takk???

Oleh itu, sekiranya iman kita kuat, ia takkan mudah hilang, kann?? Allah takkan tarik iman seseorang sekiranya imannya betul betul kuat. Yang diberi hanyalah ujian untuk menguji kekuatan keimanan seseorang itu. Sekiranya imannya lemah, tentu ujian tu takdapat dijalani dengan baik. Dan sekiranya imannya kuat, pasti apa sahaja ujian yang Allah berikan dapat diatasi dengan tabah. Secara tidak langsung, iman kita juga akan menjadi semakin kuat.

Kalau korang nak tau, semakin kuat iman seseorang, semakin banyak dugaan yang akan menimpanya *hipotesis,hehe*. Eh, tapi jangan cepat mengalah tau! Syu bukannya nak lemahkan semangat korang yang ingin menguatkan iman masing masing, tapi syu nak bagitahu, sekiranya kita dapat mengatasi kelemahan kita, tentu kelemahan tu akan berkurang, kann??

Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuannya. Beruntunglah sesiapa yang diuji dengan hebat. Allah itu Maha Mengasihi dan Maha Mengasihani. Dia sayangkan makhlukNya yang sentiasa mengingatiNya. Oleh itu, Dia akan menguji dengan memberi dugaan kepada hambaNya itu. Jadi, setiap ujian yang kita dapat tu akan mengukur sekuat mana iman kita. Kalau iman kita takkuat, Allah akan uji dengan ujian yang kecil dulu. Ianya adalah untuk menguatkan iman kita tu lar.

Tapi, kalau kita mengalah, itu maknanya kesilapan kita sendiri yang tidak tahu bersyukur. Allah sudah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, tapi kita taknak bersyukur. Pantaskah kita hidup di dunia milikNya sekiranya kita tidak mengakui Dia adalah Tuhan kita??

Sekiranya kita mengaku kita adalah Islam, mana buktinyaa??? Cukupkah solat lima waktu??? Cukupkah berpuasa sebulan dibulan Ramadhan??? Sudahkah membayar zakat??? Adakah kita sudah melakukan perkara perkara wajib ke atas setiap muslim itu???? Tepuk dada , tanya iman.

Apa yang Allah suruh dan larang itu ada hikmahnya. Contohnya solat. Tahukah korang bahawa semasa solat itu terdapat pergerakan yang dapat menyihatkan kita??? Allah mengatakan hambaNya yang sedang bersujud itu adalah yang paling dekat denganNya. Itu dari konsep Islam. Tapi tahukah korang bahawa sewaktu kita bersujud, darah akan mengalir keseluruh bahagian didalam otak dimana ia tidak mampu dicapai sewaktu kita membuat aktiviti lain.?? Bahagian itulah yang akan membuatkan kita menjadi cerdik. Ianya telah dikaji dan diakui sendiri oleh pengkaji barat.

Syu tahu yang syu taklah terlalu arif tentang semua ni. Tapi syu suka membaca. Syu sukakan alam. Syu suka berfikir tentang apa apa yang syu inginkan. Dan sekiranya syu tidak tahu sesuatu, syu akan bertanya. Takpun cuba baca atau selidik dari sumber lain seperti internet.

Bukanlah syu ingin riak atau apa, syu hanyalah manusia biasa yang ingin berkongsi apa yang syu tahu. Tentu tak adil sekiranya hanya syu yang mengetahui sesuatu, kann?? Nanti kalau Allah tanya syu di hari akhirat, apa yang syu buat dengan ilmu yang syu pelajari, apa syu nak jawab kalau syu tak kongsi dengan korang semua??

Setelah seseorang itu mati, maka terputuslah segala yang ada di dunia ini dengannya, kecuali tiga perkara, iaitu amalnya, doa anak yang soleh serta ilmu yang dimanfaatkan. Syu tak ingat kata kata ni dengan tepat, tapi itulah tiga perkara yang akan bersama kita setelah menyahut seruan Ilahi nanti.

So syu harap ilmu yang syu kongsikan dengan korang ni akan korang ikuti dan sampaikan kepada orang lain supaya ilmu ini akan terus berkembang dan pahalanya juga akan berkembang kepada korang jugakk! ;)

Okeyy, jadi kesimpulannya, sesetengah pasangan yang tidak dapat berbaik dengan pasangannya setelah cinta mereka putus ditengah jalan itu adalah kerana tujuan mereka bercinta bukanlah mencari keredhaan Ilahi ataupun untuk mengeratkan hubungan silatulrahim sesama saudara, tetapi adalah disebabkan hawa nafsu. So, mestilah kita akan kecewa and tidak dapat menerima hakikat apabila mengetahui cinta itu terhalang, kann?? Jadi mari kita betulkan tujuan kita masing masing supaya cinta kita diredhai Allah. Sebab , kalau kita bertemu dan berpisah kerana Allah, pasti silatulrahim yang pernah terjalin itu tidak akan putus begitu sahaja, kann?? Ikatan itu akan masih ada, iaitu ikatan persahabatan.

Ingatlah, setiap Muslim dilarang memutuskan hubungan silatulrahim, malah tidak dibenarkan berpaling tadah, saling benci membenci, dan juga berhasad dengki. Setiap daripada kita dituntut untuk bersaudara sesama Islam, dan kita dilarang sama sekali untuk tidak bertegur sapa melebihi tiga hari sesama muslim.! Tentu korang sudah mengetahui tentang itu, kann?? Syu hanya ingin mengingatkan korang serta mengingatkan diri sendiri yang hampir lalai ini.

Okeyy larh. Harap sekiranya korang pernah membenci atau seseorang pernah membenci korang, mintalah maaf dengannya dan suruhlah dia baca entry ni. Hehe. *sempat lagi nak promote??hahakk*. Okeyy, tapi syu serius ni tau. Takde maknanya nak tipu hal hal macam ni. Membohong dan menipu itu kan salah satu dari dosa dosa besar yang kita belajar sewaktu Tingkatan Empat dalam Pendidikan Islam?? Hehe. Okeyy larhh.. Done for this entry. Hope boleh kongsi banyak lagi ngan korangg.. Assalamualaikum.. :)

Comments

  1. Terima kasih kak. Sukar untuk saya terima hakikat dan redha, tapi bila saya cuba dekatkan diri dgn Allah, mengadu dgn Dia, menangis dgn Dia. Beban dihati tu hilang. Allah sahaja tempat yang mampu untuk kita bergantung

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts