TAJDID NIAT

Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah. Ana diberi kesempatan dalam kesempitan ini untuk menaip beberapa patah perkataan buat tatapan ana dan semua. Er, yeke beberapa patah perkataan? Haha asif kalau banyak.
By the way, kenapa ana katakan kesempatan dalam kesempitan tadi? Huhu sebab sekarang study week. So ana sepatutnya study tapi otak tetiba rasa macam takboleh nak terima. Hm, mungkin ada silap ana kat mana-mana tu huhu.

“Tajdid niat, ukhti. Anti boleh lakukan!”


Ya. Tajdid niat.

Apa itu tajdid niat???

Tajdīd (Arabic: تجديد‎) is the Arabic word for renewal. In Islamic context, Tajdīd refers to the revival of Islam, in order to purify and reform society, to move it toward greater equity and justice. One who practices Tajdīd is a Mujaddid.

Itu translation daripada Wikipedia.

Kawan ana cakap tajdid tu berasal daripada perkataan JADDA.
Pernah dengar tak quotes “Man jadda wa jada.” Which means siapa yang berusaha, dia akan Berjaya!
And also jiddan. Maksudnya sangat-sangat. Ya. That is it. Maksud tajdid sangat meluas. Cuma kalau tajdid niat, ia lebih kepada MEMPERBAHARUI NIAT dan memperkukuhkan lagi niat tu.

Yup. Kenapa and macam mana nak tajdid niat?
Setiap perbuatan itu perlu dimulakan dengan niat.
 Kalau perasan, semua ibadat kita seharian tu, kita kena mulakan dengan niat. Perasan tak? Hee. Yang paling common adalah wuduk, solat dan puasa. Ya, itu yang common. Yang kita memang tahu. Tapi adakah semua orang tahu yang kita kena niat untuk semua yang kita nak buat? Contohnya, makan.
Kenapa antum makan? “Sebab lapar. (?)” yeke? Adakah itu sebab yang terbaik???? Boleh fikir lagi tak?? Any strong reason? “Entah.”
Okay. Mungkin ada antara pembaca ini yang boleh mengagak. Tapi as usual, ana akan anggap antunna eh antum ( antum ialah perkataan jamak atau plural dalam bahasa arab untuk lelaki sahaja ataupun lelaki dan perempuan manakala antunna jamak untuk perempuan sahaja) tidak tahu the stronger reason and insyaAllah the strongest reason for everything.!

Jawapannya hanya satu.



Siapa yang ciptakan kita? – Allah.
Untuk apa kita hidup? – Allah .
Kenapa kita hidup? – Allah.
Siapa yang mematikan kita? – Allah!

Semuanya Allah. Allah yang tentukan hidup kita. “So, aku gagal dalam exam sebab Allah jugalah ni kan? Aku berjaya pun sebab Allah. Aku jatuh sebab Allah. Dan aku berjaya bangkit pun kerana Allah.”
YA. KERANA ALLAH YANG MENGIZINKANNYA!

“Maksudnya Allah memang nak aku gagal??”
Tak. Bukan macam tu. Tapi

“Demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Dan sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya hamba-hambaNya.”
[8:51]

Allah sendiri jawab persoalan tu. Hm. Mungkin kita yang tak cukup berusaha. Ana lupa surah apa and ayat apa, tapi dalam al-quran sendiri Allah dah berfirman, bahawasanya kita akan dapat apa yang kita usahakan. Hm.

Ana nak cari ayat tu, tapi terjumpa ayat ni:

“(Ingatlah) ketika kamu lari berundur dan tidak menoleh kepada sesiapapun, sedangkan Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggilmu, kerana itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu dan apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
[3:153]

Allah nak kita fikir balik keadaan kita. Allah nak kita muhasabah balik diri kita. Allah nak kita perbetulkan balik niat kita. Ya. Allah sentiasa nak bagi yang terbaik kepada kita andai kita adalah orang islam yang benar-benar islam, yakni betul-betul mengamalkan apa yang disuruh, yakni amar ma’ruf nahi mungkar.

Okaylah. Ana terpaksa mengundurkan diri dahulu bagi entry kali ini sebab ana nak study. Doakan ana beserta sahabat lain especially yang sedang dalam fasa mentarbiah diri ini dapat bermujahadah dan qowiy lillahi taala.. okay asif jiddan atas segala kekurangan ana. Assalamualaikum ukhti wa akhi fillah :)



eh ana sebenarnya nak bagitau yang kita kena tajdid niat, tapi tersilap inti pula sebab belum tulis tajuk entry. huhu maafkan ana. em, sebelum menutup tirai, ana just nak inform yang kita boleh dapat pahala atas setiap apa yang kita lakukan termasuk tidur, iaitu dengan berniat " aku buat benda ni sebab Allah." Makan sebab nak tambah kekuatan dan tenaga supaya dapat beribadat, study sebab itu memang dituntut dalam islam. study is the most important thing, number ONE, but akhirah is not number TWO. :)
#NoteForMyselfToo :')



Comments

Post a Comment

Popular Posts