CERPEN : AJARI AKU CINTA
"I love you" . Masih sukar untukku menyebut ungkapan itu kepadanya. Entah mengapa, bibirku membeku dan lidahku kelu untuk mengungkapkannya.
'Aku sayangkan diakah?' Kadang-kadang, aku tertanya-tanya, betulkah aku masih menyayanginya?? Aku konfius. Aku taktahu. Aku bingung.
Kini hampir dua tahun kami berkenalan, atau lebih tepat, berkenalan secara rapat.
Dua belas Februari dua ribu dua belas, tarikh kami couple. 12022012. Tarikh sekarang, tiga Februari dua ribu empat belas. 03022014. Lagi sembilan hari tarikh 'anniversary' kitorang.
Sembilan hari? Tak. Tarikh tu dah tak ada maknanya lagi. Kami sudah clash. Namun, hubungan kami masih belum hancur sepenuhnya. Kami masih berkawan. Dia baik.
Tapi, pada 02022014, kami bertemu. Untuk kali kedua selepas aku berpindah dari sekolah lama. Kali pertama, pada 16122013. Di tempat yang sama, iaitu di rumahnya.
Kali pertama, dia menyuruh aku ke sana untuk mengambil bukunya. Dia pelajar lepasan SPM. Sekarang tengah menunggu result. Dan kali kedua, aku pula yang memberinya buku.
'Aishiteru'. Begitulah tajuk buku tersebut. Atau lebih tepat, majalah. Majalah yang dikeluarkan oleh Neo Synergy. Majalah islamik yang aku dapatkan dari Kak Nisa di USM Kubang Kerian.
Sungguh, aku sayangkan majalah itu. Majalah yang cuba mengajar aku erti cinta yang sebenar. Mahabbatullah. Cinta Allah.
Namun, aku masih belum kuat untuk mengikut apa yang diajarkan aku tentang cinta hakiki. Aku masih lemah. Aku tidak kuat.
Oleh sebab itulah, aku mengambil keputusan untuk memberikan majalah kesayanganku itu kepadanya. Aku berharap, dia yang akan membantuku untuk berhenti berhubung dengannya.
Dengan kata lain, apabila dia membaca majalah itu, dia akan sedar dan berhenti untuk berhubung denganku. Itu akan membantuku untuk berhenti mengganggunya, lagi.
Pedih. Perit. Itu yang aku rasakan sekarang. Entah mengapa, begitu sukar untukku melepaskannya.
Namun, harus aku ingatkan diriku tentang tujuan aku hidup di muka bumi ini.
Aku adalah hamba Allah. Aku perlu sinarkan kembali jalan hidupku. Aku perlu sirnakan cinta terhadap sesuatu selain Dia, kerana, hati ini dijadikan untuk mencintai hanya satu perkara.
Dan aku telah tersilap. Aku telah memberikan cinta aku kepada hamba-Nya. Cinta yang sepatutnya aku berikan kepada Allah SWT, telah kuberikan kepada dia.
Dan Allah masih menyayangiku. Dia telah memberiku jalan untukku kembali kepada-Nya.
Alhamdulillah...
Ya Allah, tolong tunjukkan aku erti cinta yang sebenar. Berikanlah aku cinta-Mu yakni cinta yang hakiki.
"Cintakan bunga, bunga akan layu.
Cintakan manusia, manusia akan pergi.
Cintakan Rasul, cinta sejati.
Cintakan Allah, itulah cinta hakiki."
Comments
Post a Comment