UTP's EDUCAMP FOR FOUNDATION 2015 (NEW STYLE) CPSQ AND TSA

Assalamualaikum semua.
Hari ini 19 March 2015. 10:30 pm.
And yup, esok 20 Mac. Maksudnya dah boleh apply UTP untuk JULY INTAKE. Huhuks.
Penulisan syu malam ni kurang happy, kan? Huhu.  Bukan apa, tapi tiba-tiba je syu rasa macam sakit a.k.a. tak sihat. Hmm.
And one more, entry ni syu takkan publish malam ni. Mungkin esok atau lusa atau waktu yang lain. Huhu.

Untuk application UTP for July Intake tu, syu rasa procedure dia sama je dengan dulu. So I must choose 3 programmes or courses for my application. Hm, kalau haritu, syu pilih:
1.     1.  CHEMICAL ENGINEERING
2.    2.   PETROLEUM ENGINEERING
3.     3.  INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)

Hoho. And I’ve  got  my third choice after the educamp. Educamp tu tak macam dulu tau! Sebab masa form 4, pihak UTP ada datang sekolah syu and diorang cakap yang diorang dah tak buat interview macam biasa. Sebab ramai yang cakap interview tu suuusaaahhhhh. Haha. So diorang buat exam je. Tapi exam bukan sebarang exam. Diorang guna Cambridge style tau. Haha. Bunyi macam susah je, kan?

Hoho. But korang tak perlu risau sangatlah. Tak susah sangat pun. Em, memang la ada yang susah, tapi kalau korang baca panduan yang diberikan (kena download), in shaa Allah boleh jawab.





Ha, yang ni syu dapat masa educamp yang March intake tu. Er, I mean download. Hehe.
Pastikan korang download tau benda ni sebab penting sangat. Haha. Sebab ada kawan syu ni, dia tak download sebab dia ingatkan benda biasa je. So kalau ada tertulis kena download apa-apa tu, korang download je dulu. Kawan syu tu educamp dia pada hari yang berlainan dengan syu. Maybe sebab dia ikut negeri. Syu daripada Kelantan, so memang kawan syu yang berasal dari Kelantan tu, educamp dia sama tarikh dengan syu. Kalau kawan yang syu cakap tadi, dia berasal dari Perak. So dia dapat pada keesokan harinyalah kalau syu tak silap. Tapi dia tak dapat menghadirkan diri ke educamp tu atas masalah keluarga. Hoho. Kesian kat dia.

UTP ni memang best. Student dia memang bagus laa. But one thing yang korang kena alert, iaitu yuran dia memang agak mahal laa. Hm, syu ada download haritu pasal kemasukan dia and yuran and so on, tapi semua tu ada dalam lappy kawan syu sebab masa tu syu stay kat rumah dia and syu takbawa lappy sendiri. Haha. Tapi yang syu ingat, untuk first sem, adalah dalam tiga ribu.(syu cakap pasal foundation ni tau!) Tak pun tiga ribu tu untuk bayaran sewaktu daftar tu. Em, entahla. Syu lupa la pula. Huhu. Tapi yang sure, untuk tiga sem tu, student kena bayar 17K. Haa, tujuh belas ribu lebihhh tauuu. Mahal sangat. Hm.

Mula-mula lepas dapat tahu yang syu berjaya dapat tawaran ke UTP tu, memang syu happy sangatlah. Tapi lepas download and baca apa yang tertera di skrin laptop tu, terus syu rasa pening. Haha. Banyak sangat kot jumlah yang kena bayar tuu.
Syu ni berasal daripada keluarga yang sederhana je. Pendapatan keluarga pun sikit je. Lebih-lebih lagi kakak syu belum bekerja lagi. Dia sedang study kat UMK Bachok, Kelantan. So dia pun kena guna wang juga. Hmm, itulah yang membuatkan syu berfikir untuk ke sana ataupun tak.

Syu rasa macam, er entahla. Abah syu cakap, dia naakk sangat syu study kat sana. Sebab tu lah syu cuba untuk apply balik UTP tu. Hm, syu harap agar kami sekeluarga dimurahkan rezeki agar syu tak rasa membebankan keluarga syu. Hmm.

Then continue about the educamp, korang make sure bawa calculator and also paper ye? Bukan surat khabar, tapi kertas. Hee. Sebab masa ujian kedua nanti, memang kena contenglaa. Susah kalau tak conteng sebab ujian ni ada soalan addmath tau! Haha. Oh lupa nak bagitau, exam ni guna computer ye? Bukan kertas. Hee. Of course la kan? Nama pun UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS! Memang guna teknologi laa. Hee. Wait wait wait. Jangan lupa bawa pen jugaaa! Kalau tak, nak tulis dengan apa, kan? 


Hehe. yang ni first exam. Yang syu cakap Cambridge style tuu.  Jangan risau, dia tanya pasal personality kita je. Tapi dalam Bahasa Inggeris tau! Takboleh bawa kamus, tapi dia ada sertakan maksud untuk beberapa perkataan, but also in English. Haa, so kena bersedialah ea? Haha. Jangan risau, senang je, in shaa Allah..






Ha, ni la yang agak susah tu. TSA, stand for Thinking Skills Assessment. Yang atas tadi CPSQ, stand for Cambridge Personal Styles Questionnaire. Haha. TSA ni lebih kepada Critical Thinking and Problem Solving kita, while CPSQ untuk tahu personaliti kita je. Eh, syu ada beritahu tadi, kan? Lupa pulaa. Haha. Sorry..

Okay, banyak lagi sebenarnya yang syu nak beritahu korang ni sebenarnya, tapi sekarang ni almost 11.30pm. Haha. Lamanyaa syu taip ni kan? Haha. Yela, sebab syu cari dokumen tadi . Nasib baik terjumpa, kalau tak, entahlaa. Hehe.


Okay, sakit syu pun sudah berkurang, mungkin sebab berkomunikasi dengan korang kot?  Haha. Yeah, communication can heal us. Hoho. Okbye. Salam sejahtera, salam satu Malaysia! Selamat malam!

Comments

Post a Comment

Popular Posts