TIPS BELAJAR
Assalamualaikum semuaaa.
Ha, haritu ada seorang student tanya syu tentang tips belajar kat WhatsApp *haha tu pun nak bagitau ke?* . So so soo, syu pun taip lah. Hehe. Ni yang syu hantar kat dia tau. Maaf kalau ada yang bahasa takbetul hehe. Copypaste yang syu hantar kat dia je ni. Hehe.
Tips utk blaja:
1. Dalam kelas kena fokus betul2 apa yang cikgu cakapkan.
2. Kalau xfaham, tanya terus kat cikgu. Xpun catat dulu soalan tu. Sebab ni depends on cgu la. Ada ssetengah cikgu xsuka pelajar tanya time dia mengajar. Tp ada jugak ssetengah tu boleh je nak tanya time cikgu ajar. So kena minta kbenaran dulu la nak tanya tu.
3. Hormat cikgu. Jangan sakitkan hati cikgu. If cikgu bagi homework, kena siapkan. Jangan sampai cikgu benci or takhalalkan ilmu yang dia bgi tu. Nanti takberkat. Bila dah takberkat, study lah sampai taktidur pun memang susah nak berjaya. Kalau berjaya sekarang pun, akan effect masa depan nanti.
4. Rajin tolong cikgu. Kalau tengok cikgu dalam kesusahan such as pegang buku banyak2, tanya cikgu, "Nak tolong boleh?" . Kalau boleh, jangan sampai cikgu yang panggil untuk tolong. Cepat2 ikhlaskan diri and tawarkan pertolongan tu.
5. Dekatkan diri dengan Allah. Yang ni paling penting. Banyak point yang perlu dihuraikan kat sini tapi akak bagitau yang akak rasa perlu dibagitau je ok?
First, solat wajib tu seboleh2nya buat awal waktu. Lagi bagus kalau solat berjemaah. Khusyuk time solat. Jangan fikir benda lain time solat. Abaikan dulu masalah dunia masa tengah solat tu.
Second, jaga hubungan dengan Allah. InshaAllah Allah akan permudahkan urusan.
Berdoalah and minta agar sentiasa dipermudahkan urusan n berjaya. Ingat, doa tu senjata orang muslim.
Kalau boleh sentiasa buat qiamullail. Time qiam tu, paling leceh buatlah solat sunat tahajud, diikuti solat sunat taubat, solat sunat hajat and last skali solat sunat witir. Kalau nak tambah lagi pun boleh such as istikharah ke, atau apa2 lah. Paling kurang buat dua rakaat semua tu kecuali witir. Witir satu rakaat je. Nak buat tiga pun boleh tapi dua salam. First tu dua rakaat and bagi salam, then satu rakaat. Bacaan selalunya lepas alfatihah baca tiga qul utk witir satu rakaat tu.
Em, lagi apa ye?
Haa, aurat tu kena jaga. Aurat kita ni seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan, kan? Tapi boleh lagi sampai pergelangan tangan. So kaki tu aurat, tau? Pakailah stoking. Tudung pun kena la bawah dada. Then baju tu semua takperlu cakap kot. Dah faham,kan? Hehe
Next, baca alquran. Sebab alquran tu memang bagus untuk ingatan tau. Orang yang baca alquran ingatan kuat. Banyak kelebihannya.
Nah. Setakat tu dulu lah. Panjang dah kot. Haha
*dan dia cakap memang panjang but still berminat nak baca hehe okbhai*
P/s: boleh tanya kalau takfaham. Maaf ya, taksempat nak edit sangat.
Comments
Post a Comment