KELEBIHAN MUSLIM BERBANDING NON-MUSLIM
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum sahabat fillah sekalian..
Ana sekarang berada di rumah.. Balik sempena cuti Aidiladha.
Alhamdulillah, walaupun banyak cabaran dan dugaan sewaktu perjalanan, tapi
Alhamdulillah sekali lagi kerana ana masih mampu untuk bernafas pada hari ini,
insyaAllah.. :)
Okay, hari ini ana nak kongsikan sesuatu yang sangat
menyentuh hati ana huhu.
Surah An-Nur, [24:39] Allah telah berfirman;
“Dan orang kafir,
perbuatan mereka seperti fatamorgana di tanah yang rata, yang disangka air oleh
orang yang dahaga, tetapi apabila didatangi tempat itu, tidak didapati sesuatu pun
yang disangkanya itu, dan dia tetap mendapati hukum Allah disisi amalnya. Lalu
Allah menyempurnakan perhitungan amalnya dan Allah sangat cepat
perhitunganNya.”
Astaghfirullahalazim astaghfirullahalazim
astaghfirullahalazim. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. MasyaAllah..
Cuba baca balik firman Allah yang ana bagitau tadi tu..
Hm.. rasa macam diri ini sangat kerdil, ya Allah..
Kenapa ana berkata sedemikian??
Hm, kalau kita tengok balik ayat tu, Allah berfirman,
bahawasanya, orang kafir tu, even buat kebaikan yang sebesar bumi or seluas
langit pun, Allah takkan terima ia sebagai pahala. Ia umpama fatamorgana. Kita
nampak air tu ada pada waktu yang terlampau panas, tapi, bila kita mendekat,
air tu hilang seperti sebuah keajaiban huhu. Menas that bila mereka membuat kebaikan, namun ianya tidak langsung memberi impak kepada mereka dari segi pahala.. Kenapa macam tu????
Kerana mereka berbuat bukan kerana atas dasar keimanan.
MasyaAllah.. Betapa besarnya nikmat yang Allah da bagi
kepada kita as a muslim ni,kan?
Untuk orang Islam, kita niat je pun dah boleh jadi pahala
untuk kita. Subhanallah, masyaallah, hm, sedih pula rasanya sebab, bila ana
fikir balik,, apa yang ana dah buat untuk islam???
Hm, mungkin sekarang ana still bersama orang-orang yang
menginginkan dan bersungguh-sungguh dalam dakwah dan tarbiyyah, tetapi, macam mana kalau tiba-tiba Allah nak
tarik nikmat berdakwah ni daripada ana? Hm, risaunya. Nauzubillahi min zalik,
ya Allah.. jangan Kau tarik nikmat ini.. :’(
Ya Allah, sungguh, aku bahagia mengenali mereka.. Murabbiyah
dan teman sehalaqah ana banyak memberikan ana semangat walau kadang mereka
tidak sedar yang mereka sedang memberikan ana semangat tatkala ana bertanyakan
iman mereka dan sebagainya huhu. Yang paling ana sayang semestinyalah
Murobiyyah ana, tapi ana selalu je mengadu masalah ana kepada Murobiyyah huhu.
Even beliau hanya mengenali ana dalam masa yang singkat je, tapi beliau banyak
memahami ana.. *ok ana nangis sekarang ni huhu* Rindunyaa. Tapi taknak kacau
murobiyyah sebab sekarang beliau bersama akhwat lain di Perak sempena
Aidiladha. Hm..
Kekadang ana rasa takkuat untuk bersama akhwat ikhwah untuk
berjuang. Tapi ana taknak berhenti. insyaAllah, selagi ana mampu, ana akan
teruskan perjuangan ini..
Eehhhhh, dah terlari dari niat asal pula huhu. Okay, sambung
pasal tadabbur ayat tadi, hm, kita as a muslim memang wajib bersyukurlah. Sebab
apa? Sebab kita ni istimewa. Kebanyakan
daripada kita ni sudah lahir dalam keadaan islam. Alhamdulillah.. So,
insyaallah setiap perbuatan kita yang kita niatkan lillahi taala ni, Allah akan
balas setimpalnya, insyaallah..
Cuba bayangkan kalau kita ni non-muslim. So setiap amal
perbuatan kita, sedekah kita, wang kita, senyuman kita, pertolongan kita, Allah
takkan pandang langsung! Semua ini langsung tiada nilainya jika kita ni bukan
islam…
So, as a muslim, kita kenalah concern pasal keadaan semasa
ni huhu. Kenapa?? Sebab, kalau kita tiada pengetahuan, kita akan mudah terjatuh
and if kita terjatuh, macam mana kita nak bangkitkan semangat jihad di kalangan
mereka especially orang non-muslim. Even orang muslim pun takmampu lagi terbooster
dengan tingkah laku kita, apatah lagi non-muslim…
#p/s: asif.. ana dah mengantuk. need to go. assalam
sentiasa bersangka baik kepada Allah. Dia takkan menghampakan kita.. |
Comments
Post a Comment