KITA SAHABAT SAMPAI SYURGA, KAN?

Aku rindu. serious tak tipu.

...

Malam tadi, aku melaksanakan rutinku pada setiap Ahad malam, iaitu study selama empat jam.

Sambil study, aku membuka lagu-lagu haraki dan juga lagu berbentuk ukhuwah.

Dan apabila suatu lagu dimainkan, aku terdiam. Lantas menghayati lagu tersebut.

"Bermula di sini,
Aku menemui,
Aku mengenalimu,
Bahgia bersamamu.

Kau sering peduli,
Kau juga menemani,
Tikaku bersendiri,
Engkau sentiasa di sisi.

Pabila kau tiada,
Aku resah gelisah,
Itu yang ku mahu,
Engkau tahu.

Sahabatku, ku rinduimu,
Namun setiap pertemuan ada perpisahan,
Dan harapanku, agar persahabatan yang dibina,
Masih seperti dulu.

Engkau menyenangi,
Engkau memahami,
Senyuman di bibirmu,
Mengukir senyumanku.

Kau sering teguri,
Kau juga nasihati,
Tikaku melupai,
Lupai diri sendiri.

Pabila kau tiada,
Aku resah gelisah,
Itu yang ku mahu,
Engkau tahu.

Sahabatku, ku rinduimu,
Namun setiap pertemuan ada perpisahan,
Dan harapanku, agar persahabatan yang dibina,
Masih seperti dulu.

Walau kita berbeza pandangan,
Namun ia tidak akan menghalang,
Persahabatan kita yang dibina sekian lama,
Agar tetap teguh seperti dulu.

Sahabatku, ku rinduimu,
Namun setiap pertemuan ada perpisahan,
Dan harapanku, agar persahabatan yang dibina,
Masih seperti dulu."

Bermula dari music dimainkan, aku mulai terfikirkan seseorang.

Sahabatku. Ukhti AAN. 

Tanpa disangka, air jernih keluar dari kelopak mataku.
Terasa sakit di dadaku tatkala menghayati bait-bait kata dari lagu itu.   

Sahabatku, ku rinduimu,
Namun setiap pertemuan ada perpisahan,
Dan harapanku, agar persahabatan yang dibina,
Masih seperti dulu.

 Entah mengapa, dalam ramai-ramai sahabat, dia yang ku fikirkan.

..

"Ukhti, boleh tak janji dengan ana satu benda?" -AAN

"Apa dia?"

"Janji, suatu hari nanti, kita akan berkelah bersama di syurga." - AAN

..   

 Balik dari liqo, aku melihat di atas mejaku.
'Eh, vochelle?'
from AAN and NAA

"Syukran ya ukhti"  - Tulisan itu amat ku kenali.

And as I guess, it was from her.

..

 Dan kami pernah gaduh. Agak besar pergaduhan itu bagiku. Dia membuatkan aku sangat stress dan aku tak tegur dia buat beberapa ketika.

.. 

Walau kita berbeza pandangan,
Namun ia tidak akan menghalang,
Persahabatan kita yang dibina sekian lama,
Agar tetap teguh seperti dulu.
 Ya. Kini kita tidak lagi berada di dalam kapal yang sama, namun, kita masih lagi berpaksi pada agama yang sama.

Aku harap dapat jumpa kau dan peluk kau seeratnya dan cakap, ''Aku rindu kau, sahabat..''

Comments

Post a Comment

Popular Posts