REFRESH, RENEW, REBORN - RASA YANG DIRINDUI
Hampir je aku lupa akan kewujudan blog ni. Hampir.
Lately, banyak benda berlaku sekeliling aku but me, myself seakan-akan tidak wujudkan semua itu.
Ah, apa yang dimaksudkan ni?
- Abaikan. -
Bismillahirahmanirahim..
Lately, banyak benda berlaku sekeliling aku but me, myself seakan-akan tidak wujudkan semua itu.
Ah, apa yang dimaksudkan ni?
- Abaikan. -
Once a murobbi, forever a murobbi -Mentari Qowiy- |
First, thanks to anonymous yang meminta untuk membaca first post on 2018.
Memang sangat lama aku tak ber-blogging. Hampir diri ini lupa akan kelebihan yang Allah berikan setelah sekian lama bergelumang dalam fantasi dan mimpi yang takkan diperolehi lagi..
Sambil berblogging, aku membuka Zikir Penenang Hati from Youtube. Ah, lama sungguh hati ini tidak basah dengan peringatan dariNya.
.
Semalam, aku terstalk instagram milik abang kawan aku. Dia selalu ceritakan kebaikan abangnya itu. Bukanlah bermakna aku nak usha or something like that, tapi perasaan yang membuatkan aku tekan username abangnya itu adalah kerana aku melihat wajahnya yang persis wajah kawanku itu. Kemudian barulah aku teringat akan cerita kawan itu tentang abangnya yang suka membaca, memasak, dan berkongsi dengan mereka adik-beradik.
.
Stalk punya stalk, aku perasan yang abangnya juga seseorang yang aktif dalam usrah. Dan aku lebih tertarik untuk membaca caption yang ditulis berbanding memerhatikan gambar. Yeah, I'm not the type yang mudah suka kat orang sebab aku tak suka pandang wajah seseorang. Especially bila first aku buka akaun instagram milik si abang tu kerana tertarik akan wajah yang persis kawan tu (tapi bila fikir balik, tak pelik pun muka sama sebab nama pun adik beradik HAHA). So aku anggap itu adalah rasa yang Allah hadirkan dalam diri aku untuk aku kembali sedar akan tugas aku sebagai abdullah di muka bumi ini. Allahu. Kuatkan aku.
.
Baik, berbalik kepada akaun instagram si abang tu, hati aku seakan-akan basah hanya dengan membaca caption yang ditulisnya. Sometimes aku tengok gambar bila ada dimention tentang jaulah atau usrah, dan aku punya minda berputar menuju ke waktu aku di alam Asasi Sains UM. Aku rindu akan waktu di mana hati aku sentiasa basah dengan zikrullah, sekeliling aku dipenuhi dengan biah solehah, dan sahabat aku yang sentiasa mengingatkan T_T
Mabit - Story Of Our Life - Mengenai karat-karat jahiliah. Mabit yang aku rasa paling berjaya sebab aku paling happy dengan outcome mabit ni. |
Aku seakannya hilang kelebihan yang Allah bagi suatu masa dahulu. Aku mampu memberikan motivasi dengan baik, aku mampu memberikan muhasabah yang berkesan, dan paling aku rindu, aku mampu menyentuh hati mereka dengan ayat-ayat cinta Allah.
Sekarang???
Bukan sekadar tak mampu nak handle semua tu, malahan diri sendiri pun jauh hanyut tenggelam dalam kenikmatan dunia T_T
Tiga tahun lebih Allah bagi nikmat tarbiyyah dan menjadi akhwat yang qowiy, dan sekarang semuanya hilang.
Makanya siapa yang perlu dipersalahkan???
-NO ONE-
Ini adalah takdir Allah. Cuma jalannya kian panjang dan berliku. Malahan aku telahpun terperangkap dalam sebuah jurang yang dalam dengan cahaya yang samar-samar di permukaan.
Mampukah aku bangkit kembali???
-Doakan aku, teman.
Sekarang???
Bukan sekadar tak mampu nak handle semua tu, malahan diri sendiri pun jauh hanyut tenggelam dalam kenikmatan dunia T_T
Tiga tahun lebih Allah bagi nikmat tarbiyyah dan menjadi akhwat yang qowiy, dan sekarang semuanya hilang.
Makanya siapa yang perlu dipersalahkan???
-NO ONE-
Ini adalah takdir Allah. Cuma jalannya kian panjang dan berliku. Malahan aku telahpun terperangkap dalam sebuah jurang yang dalam dengan cahaya yang samar-samar di permukaan.
Mampukah aku bangkit kembali???
-Doakan aku, teman.
-MentariQowiy-
Comments
Post a Comment