TENTANG SEMBUH

*Gambar sewaktu di Pulau Perhentian - tak berkait dengan cerita


Ia bermula apabila saya berbincang secara maya melalui Instagram story, tentang memaafkan seseorang yang telah melukakan kita dengan luka yang sangat dalam

Susah, bukan?

.
.

Kemudian, salah satu jawapan dari seorang sahabat membuatkan saya terfikir, banyak dari kita yang hanya melupakan rasa sakit itu, dan tidaklah sebenar-benarnya sembuh.

Faham ke?

Okey, apa yang dimaksudkan adalah, kita (Aaaa saya tak rajin nak explain tapi kalau tak faham boleh tanya sebab saya pernah explain dah cumanya there is a lot in my mind right now so macam susah nak susun ayat tu hahah. Tapi kalau korang tak faham, sila tanya kat komen. Insyaallah saya explain kalau ada yang tak dapat apa yang saya cuba sampaikan tu). 


...

Sembuh, adalah apabila kita tidak lagi triggered dengan hal tersebut. Ah, tapi apa pula bezanya dengan mati rasa (emotional numbness)? Hhaahah complicated kan?

At first, I was thinking, kenapa kita perlu memilih sembuh? Apakah kita tidak boleh memilih untuk biarkan diri terus meruntuh dan hilang? But that would be difficult too. Cause dia akan jadi macam, ditelan mati ayah, diluah mati mak. Eh tiber berpantun haha (Jap this is not pantun - haih idk la my mind recently memang susah nak find the good word to be used even when talking).

Tapi, yelah. The answer untuk kenapa kita perlu tetap sembuh adalah kerana kita adalah muslim.  S u i c i d e  itu berdosa besar dalam Islam. Itu je jawapan yang paling tepat. Dan juga, there are still people that loves us. And cares about us. Walaupun kita rasa macam kita ni yang paling jahat dan tak layak disayangi, but I'm pretty sure, someone somewhere don't want us to  d i e. :)

Fuh.. *hela nafas berat.

Saya tahu, healing is very difficult. Especially kalau yang sakit itu adalah yang tidak terlihat. Dan kadang kala orang yang nak cuba untuk lift we up pun kita rasa nak marah, cause they don't even know what is happening to us. Hahaha. And if they do, kadang kala ayat yang diorang guna tu buat kita rasa triggered. Contohnya, 'Kau kan Mentari, kau kuat sebenarnya.' Waktu kita tengah down giler-giler. Waktu tu mungkin akan buat kita triggered. Sebab, rasa macam kena deny kot eh? Haha. 

..

Tapi, yela. Healing isn't linear. Jalan sembuh ni bukan macam kita solve masalah Matematik. Dah dapat jawapan, settle. Tak. Dia macam Programming kot eh? Programming yang tiada penghujungnya. Tetiba bug kat situ. Tetiba tertinggal semicolon (C++ punya programming) ahahha. Penat nak cari error kat mana, rupanya satu huruf terlebih atau terkurang, hah. Semua coding takleh jalan. Hahah tetiba excited eh cakap pasal programming. Padahal diri sendiri pun nak lari dari dunia coding tu hahah.

Tapi, yang saya tahu, jalan sembuh ni dia adalah sebuah perjalanan sepanjang hayat kita. Mungkin kita dah dapat move on dari masalah A. Tapi akan ada banyak lagi puzzle yang kita perlu selesaikan.

Life is a never ending progress. Hidup kita, memang menuntut kita untuk sentiasa belajar. Mungkin harini belajar untuk memaafkan. Esok belajar buat kuih donut pulak. Lusa belajar jaga baby pulak. Tak lama tu belajar untuk kawal diri pulak. Hhahah. Tapi ada je waktu yang kita akan tenang.

Sekarang kita dah tahu, yang hidup kita, bukanlah takkan pernah aman, tapi akan ada sahaja perkara yang akan membuatkan kita untuk terus tetap bertahan. 

Dan sekiranya tiada lagi perkara di dunia ni yang boleh buat kita teguh berdiri, ketahuilah, Allah dan Rasul itu ada. Dan tiada sebaik-baik ujian selain daripada yang membuatkan kita terus berdoa dan bergantung harap hanya padaNya. 
Noktah.

Comments

Popular Posts