JIKA KITA SEBUAH BUKU - PENUTUP 2024
Dalam beberapa hari ini, saya jumpa-lepak-spend time dengan beberapa orang dari circle yang berbeza. Dan saya bertanya soalan yang lebih kurang sama kepada mereka;
"How's your 2024?"
.
Last day lepak tepi tasik on 2024, sambil baca buku. |
Cause me personally, rasa macam, cepatnya masa berlalu? Tau-tau je dah nak masuk 2025 dalam few hours je lagi. Less than 48 hours lah. And I feel like, what have I done in my 2024? Rasa macam, zero. Padahal ada je benda baru yang saya cuba, apatah lagi benda yang menyeronokkan. Setiap bulan saya ada luangkan masa dengan alam semulajadi. Baik secara bersendirian, bersama keluarga mahupun teman.
Cuma, masih lagi terasa, ... entah. Tak settled?
But anyway, bila saya bertanya soalan sedemikian kepada mereka, ada pelbagai jawapan yang buatkan saya, reflek balik.
The first jawapan yang saya dapat adalah "Nice."
Knowing that person yang struggle too in her life, buatkan aku bersyukur cause bila I minta untuk dia explain more, dia cakap sebab dia boleh keep on tersenyum even it is hard for her to do so. That is why I was thinking to, maybe instead of focus pada the parts yang I takleh achieve, maybe I just should redirect my p.o.v. and start seeing the beautiful parts.
And yes, I had a lot to be proud of too, actually.
...
Regarding buku, I tengah hanging out dengan another people, a friend from komuniti buku + mental health. Jumpa dia dalam dua event mental health yang I volunteer then jumpa lagi kat kelab buku haha.
She was having a hard time jugak. And I share something to her yang I think might be helpful untuk dia.
F: Tapi macam mana? Saya tak dapat lagi jawapan tu.
Me thinking for a while.
S: Ok, awak jumpa psychologist, psychiatrist, kan?
Dia angguk.
S: Kalau u ask them question, do they give you the answer directly? *knowing that therapist usually guide patients to find the answer instead of giving them directly.
Dia geleng kepala. Fuh, nasib baik.
S: Same. You have to find it by yourself. Cause maybe what works for me doesn't work for you. Plus, our situation could be different, and how I manage my life pun maybe different with you.
Dia sepertinya bersetuju, sambil memandang ke arah buku yang dia pegang. I got an idea.
S: Kenapa awak baca buku tu?
F: Oh, saya dapat free, sebab kena buat review buku.
S: Personally, awak akan beli tak buku tu?
F: Tak.
S: Kenapa?
F: Sebab ..... (I think better I tak disclose the answer).
S: So, if you, yourself, adalah sebuah buku, would you 'buy' yourself? Or are you just gonna read it cause you dapat that book, secara percuma? Then baru you tahu isi buku tu sebenarnya bagus.?
...
I think, untuk kita 'komen' diri kita as ourself, maybe agak sukar.
Tapi bila kita bayangkan diri kita sebagai sebuah buku, ada tak yang 'berminat' untuk beli dan baca? Macam mana cover buku tu? Apa isi buku tu?
Dengan itu, kita boleh reflek dengan lebih banyak. Looking at our own self ni lebih mudah kalau kita memandang diri kita sebagai sebuah perjalanan yang panjang, dan bukannya sebagai satu chapter yang mungkin sukar, atau yang bahagia semata.
Sebuah buku yang baik, akan ada part yang menyakitkan, akan ada part yang menyedihkan, akan ada part yang menggembirakan, dan akan ada part yang, mungkin, tak pernah kita baca dalam buku-buku yang lain. Dan untuk setiap kesakitan, pasti akan didatangkan dengan sesuatu yang kita boleh syukuri. Yang mungkin boleh membuatkan kita tersenyum dalam tangisan.
Well, who knows, kan?
Setidaknya, kita takkan terus meletakkan satu batu yang berat ke atas diri kita bila kita tengok dari kaca mata yang lebih besar.
Ok till next time.
Bye!
P/s: Nah I belanja video pendek untuk my recap of happiness untuk 2024. :D
Gosh. Thanks for this post. Really made me termenung sekejap ;)
ReplyDelete