"LUPA."

Dalam tiga bulan ni, saya sangat sibuk, disibukkan dan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti yang, boleh sesak nafas jugaklah kalau nak cerita tu.

Perkara yang paling utama adalah praktikum sebagai guru sekolah menengah. Kemudian, dalam masa yang sama saya juga jadi guru tuisyen sebab sepanjang tiga bulan praktikum tu kami tiada gaji. Dan dalam masa yang sama juga, saya disibukkan dengan aktiviti NGO kesihatan mental, sebab Oktober adalah bulan kesihatan mental dan September pula ada Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia. Dan saya pengarah program untuk September. Program besar weyy hahah. 

Praktikum pulak mula bulan Ogos, which is bulan kebangsaan, September and Oktober as per mentioned above.

So bayangkanlah kesibukan dia tu macam mana, tambahan pula saya pegang jawatan media untuk ketiga-tiga bulan tu HAHAHA.

Jadi, saya memang 'tiada masa' untuk take a pause and reflect myself. 

Macam dalam iklan "Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?" HAHAHA!

Yes! Memang sampaikan saya terasa macam, 'Dah lama tak.... (insert aktiviti me-time).'

Be it, nak exercise, hiking, colouring, blablabla semua tu takda. None. Lepak dengan member pun tak sempat sebab kerja on weekends. Balance memang I guna untuk rehat sepenuhnya.

Lagu pun saya dengar lagu nasyid je sebab nak tenang-tenang. Jadi saya 'terlupa' untuk cek emosi saya.

Sampailah last day, I bertahan, dan malam tu I crash down jap. Penat woo. Tetiba emosi baru sempat nak keluar. Tapi kejap je nangis sebab penat. And actually I dah selesai almost 99.99% tinggal last day je tak buat report sebab busy sana sini.

Kelakar, kan? Lupa nak jadi manusia. 

Dan sebenarnya I dah nampak dia punya 'alarm' tu, tapi memang tak ada masa sampaikan bila borak dengan member, cerita pasal isu semasa pun I tak tahu pasal berita tu, cause nak buka socmed pun tak sempat hahah.

.

Then tadi jumpa Dr N. Dia tanya update, at first malas nak cerita tapi dah terkeluar semua emosi tu. Dia tanya kenapa sedih, tapi I know it's not sedih. I was exhausted and there's no channel to let the emotion out of my body. 

So autolah keluar emosi tu bila bercerita pasal semua tu haha. 

Dan memang I ada rasa lost and rasa loser pun ada sikit tadi.

Ni nasib baik single. Kalau ada anak nanti cane lah? Hahaha jauh fikir sampai anak, suami takde lagi HAHAHA. 

Tapi kenapa I terfikir pasal anak is because I rasa, makin kita 'mendewasa', makin kurang masa untuk diri sendiri. 

Ada banyak perkara yang nak kena fikir, layan, dan jugak hadirkan diri.

Walaupun I rasa I did well in my 3 months ni, but I'm still able to lose myself too.

Because I was too focused untuk capai goal yang I sendiri tetapkan. Goal yang kadangkala, terlalu tinggi.

Dan tadi, akhirnya I back to square 1. Or maybe square 2 haha.

Sebab, I nampak -- I was hard on myself, again. 

I ingatkan bila I dah belajar this and that, faham this and that, things gonna get easy for me, eventually that is not the issue. 

Kita bukan akan berhenti buat silap bila kita dah faham kesilapan tu.

Atau mungkin, saya sebenarnya belum benar-benar faham?

Entahlah. 

The only jawapan yang seems 'reliable' dengan situasi ni adalah, "Lupa."

Saya masih lagi seorang yang baik untuk orang sekeliling saya, tapi saya lupa untuk 'jadi baik' terhadap diri sendiri.

Dan saya juga tak pasti dimanakah 'boundaries' dia untuk perkara ini?

Saya berjaya bantu students saya, tapi masih boleh gagal kesan dan 'selamatkan' diri sendiri.

And for now, saya bukanlah menyalahkan diri sendiri, tapi tertanya-tanya. 
'Dimana silapnya?'

Silapnya, mungkin kerana saya mengabaikan tanda-tanda kecil yang meminta untuk saya 'peduli' akan diri sendiri.

I wish I could have someone to talk to, regarding this matter. 

I wish IF is still here, untuk I consult and berkongsi pandangan.

I wish,
I could be better, me,
for myself.

MQ
3 Nov 2026

Comments

Popular Posts