CERPEN : KISAH AKU DAN SAHABAT
"Ya Allah, bencinyaa!!!! Kenapa tak dapat straight A's????? Hurghhhh!!!"
"Kenapa ni Mia? Sabarla. Kita sama. Ana pun dapat 8A 1B jugak. Mimi lagi kesian. Dapat 8A 1C. Lagipun, Bahasa Arab je yang kita takdapat A tu. Kalau tak kira subjek tu, kita dah dapat semua A tau?" Liyana cuba menyabarkanku sambil tersenyum bagi meredakan stress kami.
"Hurm, tapi kita ni kan pelajar target semua cikgu and pihak sekolah. Tahun ni kita failed. Takde sorang pun yang dapat straight A's kat sekolah kita. Time Trial PMR haritu dapat je 9A. Bila PMR yang sebenar, macam ni pulak jadinya. Hurmm.." Aku melepaskan lagi ketidakpuasan hatiku.
"Takpelah. Benda dah lepas. Kalau kita sedih-sedih pun, bukannya boleh ubah result kita. Dahla, jom jumpa Ustaz Azhar kat pondok tu." Liyana mengajakku untuk bertemu ustaz yang mengajar Pendidikan Islam bagi kelas kami.
"By the way, Ana ada nampak Ustaz Maaruf tak? Mia rasa kita kena minta maaf dengan ustaz la sebab kita semua dah hampakan dia. Hm, kesian kat Ustaz Maaruf. Ni semua sebab kita yang asyik main je kerjanya time BA. Seorang je yang dapat A dalam Bahasa Arab. Hurmmm"
"Entahla. Haritu ustaz cakap taknak datang time result kita sebab takut benda camni terjadi., tapiii, entahla. Jom kita tanya Ustaz Azhar jelah."
"Okay."
"Assalamualaikum ustaz." kami memberi salam kepada Ustaz Azhar.
"Waalaikumsalam, ha, tahniah la kamu berdua dapat 8A. Wah, pelajar cemerlang dah ni. " ustaz tersenyum.
"Hm, takdela cemerlang sangat, ustaz. Bahasa Arab kami B je. Hm. Tapi apa pun, terima kasih la ustaz sebab dah banyak bagi tunjuk ajar kepada kami, sampai kami berjaya.." aku berkata sambil tersenyum. Mia hanya mengiyakan sambil tersenyum jua.
"Saya hanya menjalankan tugas saya. Lagipun, kita memang kena belajar Pendidikan Islam sampai pandai sebab kita orang Islam. So, mesti happy ni sebab dapat lapan A, kan?"
"Hm, taklah. Sedih la ustaz. Sebab tak dapat capai target. Kitorang dah hampakan ramai orang. Hm." aku berkata smbil menundukkan kepalaku.
"Rezeki masing-masing, Allah dah aturkan. Takpe, ada hikmahnya ni. Jangan sedih sangat. Lagipun tahun ni memang susah nak dapatkan A untuk Bahasa Arab sebab kalau tak silap ustaz, awak kena dapatkan 85% dulu barulah boleh dapatkan A."
"Hm, tapi kami kesiankan Ustaz Maaruf. Ada tak pelajar yang dapat A untuk Bahasa Arab?" aku bertanya kepada Ustaz Azhar.
"Saya rasa ada seorang yang dapat A untuk Bahasa Arab. Tu pun dia takdapat A untuk beberapa subjek. Maksudnya kamulah pelajar cemerlang tahun ni. Lagipun, pelajar yang tak ambil Bahasa Arab dapat 7A je yang tertinggi. So kamu dah beruntunglah. Jangan salahkan Bahasa Arab pula sebab tak dapat straight A. Semua ni Allah dah aturkan. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan. Cuba fikir, kalau tak ambil subjek tu, kamu dah tak belajar di kelas 3Khas. Mungkin kamu tercampak ke kelas Adil atau Damai. Ha, teruk tu. Kelas kamu paling terjaga tau. Kalau kelas lain, banyak sangat masalah ponteng, couple dan banyak lagilah. Ha, susah tau." usai berkata, handphone ustaz berbunyi.
"Ustaz Maaruf call."
Aku dan Liyana berpandangan.
"Alamak, takutlah Naa" aku berkata kepada Liyana.
"Sokay, takde apalah."
Kemudian kami mendengar ustaz berkata, "Ni ada dua orang pelajar kita dengan saya ni. Ustaz nak bercakap dengan merekakah? Okay kejap ye."
"Ustaz Maaruf nak bercakap dengan kamu." kata Ustaz Azhar.
"Ana jelah yang cakap dengan ustaz. Mia tak berani." aku berkata sambil menundukkan kepalaku.
Liyana mengambil handphone daripada Ustaz Azhar lantas bercakap dengan Ustaz Maaruf.
Seketika kemudian, Liyana memberikan semula handphone tersebut kepada ustaz dengan muka yang sedih.
"Kenapa Ana? Ustaz cakap apa?" aku bertanya setelah melihat air muka Liyana yang berubah itu.
"Hm, sedih sangaatt. Ustaz cakap dia minta maaf sebab tak ajar kita dengan baik."
"Hah? Ustaz yang minta maaf? Sepatutnya kita yang minta maaf. Bukannya ustaz?" Air mukaku semakin keruh.
"Ana dah cakap macam tu, tapi ustaz tetap salahkan dirinya sebab takmampu didik kita semua dengan baik. Hm. Ntahla. Ana pun taktau nak cakap apa lagi. Hm."
Mendengarkan perbualan kami, ustaz Azhar mencelah, "Takpe, mungkin ustaz ada sebabnya yang tersendiri. Ohya, lepas ni nak tukar sekolah tak? Atau nak sambung je study kat sini?"
"Sambung sini jelah ustaz. Lagipun takbestlah nak pindah bagai. Sekolah harian pun okay. Study kat mana-mana pun sama je asalkan kita ada keinginan untuk study, kan?" aku berkata.
"Tapi kalau study kat Sekolah Berasrama Penuh, lagi banyak peluang untuk awak berjaya. Sebab suasana pun lain. Kat sana semua orang pandai-pandai. Semua orang nak study. Semua orang nak berjaya. Kalau kat sini, berapa orang sangat yang ada keinginan untuk berjaya? Ramai yang nak main je." ustaz berkata perlahan sambil memandang ke arah bangunan kelas berhampiran.
"Takpelah ustaz. Kita tengok jelah nanti. Lagipun saya rasa macam taknak pindah je. Nak terus berbakti untuk sekolah ni je. " aku berkata sambil tersenyum.
"Betul tu ustaz. Lagipun kalau pergi SBP, kena stay kat asrama. Hisy, taknaklah saya!" Liyana berkata.
"Mia, awak dapat sekolah mana? Ana dapat Sains Hulu Terengganu, SAHUT."
"Oh, tahniah. Mia dapat Sains Pasir Puteh, SCIPP." aku berkata hambar.
"Oh, so Mia nak pindah tak?" Liyana bertanya kepadaku.
"Hm, entahla. Parents Mia tak kisah pun. Tapi cikgu dengan senior yang rapat dengan Mia suruh Mia pindah. Mia serba salah. Sebab ada orang cakap, SCIPP tu sekolah perempuan je. Mia takpernah dengar pun nama sekolah tu. Ana pernah?" aku bertanya kembali.
"Entahla Mia. Ana pun tak pasti. Tapi kalau sekolah perempuan sahaja, macam best je. Kan?"
"Ha ah, tu lah yang membuatkan Mia berfikir ni. Kalau sekolah campur macam sekolah kita ni, Mia memang taknak pindah dah. Tapi kalau sekolah perempuan je, hm, macam best je."
"Jom kita pergi jumpa Cikgu Izzati? Mungkin dia boleh tolong kita. Ana pun taktahu nak buat keputusan."
"Jom." Usai berkata, kami beriringan menuju ke bilik kaunseling.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
"Okay, Mia nak pindah."
"Mia serious?"Liyana bertanya kepadaku.
"Hm, yup. Lagipun cikgu cakap macam best. Girls je kat sekolah tu. Takde gangguan lelaki. Heaven lah. Haha. . Lagipun, cikgu Math tadi berikan banyak sangat homework. Malas nak siapkan. Then Mimi cakap, kalau taknak buat homework, pindah la sekolah. Lagipun Mia rasa stress dah ni. Homework Math kena siapkan satu bab yang kita belajar tadi, tajuk Set tu. Tajuk yang sebelum tu pun Mia taksempat nak siapkan lagi. Bm kena tulis nota setiap bab bagi novel Renyah. Bi kena buat poem pasal Disaster. Tu belum masuk nota Bio. Chemy pun Mia dah pening. Addmath Mia takfaham sebab tak join kelas haritu. Ya Allah banyaknya homework!!! Dahla Mia belum baca pun lagi novel Renyah tu. So stress!!!!"
"Eh bertenanglah Mia. Takpe. Ana pun pening jugak dengan homework bertimbun ni. Kalau Mia nak pindah, Ana pun nak pindah samalah. Tapi, kalau kita dapat sekolah sama, mesti best, kan? Hmm."
"Exactly. Jom pindah!"
"Selamat tinggal sekolahku yang tercinta. Hm, banyak sangat kenangan kat sini."
. . . BERSAMBUNG. . .
Comments
Post a Comment