MASALAH REMAJA ZAMAN SEKARANG; KPOP DAN CINTA

Marhaban ya ukhti wa akhi..
Hehe, selamat datang untuk apa, ye? Em, lantaklah.
Okay, harini syu nak bagitau something. They are about my er, pengalaman? Haha. Ya Allah teruknya rasa. Banyak dah perkataan English yang luput dari ingatan syu. Hm , mungkin sebab kurang membaca bahan bacaan Inggeris. Erm,kena banyakkan membaca, nii.. but lantaklah. Takpenting yang tu. Yang penting ialah pengalaman yang syu nak citer nii.. haaaaaa. Baca sampai habis tau!? *paksa nii.haha*

Beberapa hari lepas, syu menjadi fasi di beberapa buah sekolah berasrama penuh. *dua buah je pun :P* Tapi bukan yang tu yang syu nak bagitau sekarang. Sebab syu nak citer pasal pengalaman syu ke MRSM TUMPAT dulu. Hehe. Sebab benda ni asyik bermain di fikiran syu. Hmm..

Sebenarnya, syu join halaqah kat sana. Sebab MRSM Tumpat dekat je dengan rumah syu. Syu memang selalu juga la melalui jalan tu untuk ke rumah kawan syu. Hehe. Ok abaikan yang tu.

Em, haritu first time syu ke sana. Kebetulan kitorang pun ada program kat SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, yang syu cakap jadi fasi tu. Pada hari yang sama, tapi lebih awal di sana. Means waktu tu hari khamis, jumaat dan sabtu sepatutnya kem kat SMSTMFP, tapi kak Izzati jadi murobiyah kat MRSMT. Halaqah diorang pada waktu malam lepas isyak. So syu dengan kak Zati kena pergi MRSMT dulu, baru ke SMSTMFP tu. Ok got it?

Then, bila syu sampai kat MRSMT tu, syu menuju ke musalla diorang. Then kak Zati suruh syu cakap-cakap dulu dengan bebudaks tu, such as introduce myself n so on. So syu intro la dulu. Then I let them ask anything that they want. Dalam halaqah tu takramai sangat pun. Asalnya semua pelajar diwajibkan menyertai halaqah tu, tapi kakzati request supaya orang yang berminat je pergi halaqah tu. So malam tu takramai sangatla.

Then tetiba one of them sebut pasal KOREA. So syu pun mula menyuntikkan jarum syu. Hahhah. Syu tanya  diorang, siapa yang suka Korea? *sambil senyum senyumm* then syu pun cakap lagi, takbaik tau menipu. Hehhehh. Jahatnya syu, paksa diorang,kan? Tapi takpela. Sebab syu nak tahu je. Taksalah pun, kan? Hehe.

And, adala beberapa orang yang mengangkat tangan. Hm, syu pun tak ingat berapa orang, tapi boleh dikatakan agak ramai yang mengaku. So syu pun tanya lagi, “Boleh tak orang yang angkat tangan tadi bagitahu akak, apa faedah yang dia dapat semasa menonton Korea tu?” wahh. Ayat yang mencabar, kan? Hehe.

So jawapan first yang syu dapat ialah dapat mempelajari bahasa Korea. Ok, nice. Second, jawapannya ialah dapat melihat pemandangan kat Korea sebab takmampu nak pergi, so tengok kat tv dalam cerita Korea jelah. *sambil tersengih-sengih malu*.

Hm, so syu pun cakap, “kalau nak belajar Korea, banyak lagi inisiatif lain such as melalui kamus n kelas belajar korea.  Memangla melibatkan kos, tapi atleast pandangan kita terjaga. Sebab diorang bukannya tutup aurat. Kalau perempuan tu, ok la lagi sebab aurat perempuan dengan perempuan pusat hingga lutut je. Tapi tak semestinya diorang taktunjuk bahagian aurat tu,kan? Then babak dalam cerita tu pun taksihat jugak. Means ada babak yang bahaya untuk budak-budak bawah umur. Hm. Kalau yang nak tengok pemandangan kat Korea pula, apa salahnya kalau Google je, kan?

bunga sakuraaaa! xD
Hehe. Syu pun da Google tadi. Ya Allah, syu rasa macam da jatuh cinta dengan bumi Korea tadi. Haha. Bukan jatuh cinta dengan apa, korang jangan fikir pelik-pelik kay? Haha. Sebab syu  ni kan seorang pencinta alam, so bila tengok pemandangan kat sana, SUBHANALLAH, cantikk sangat ciptaan Allah ni,kan? CANTIK TAK TIPU!!! Hehe , okay dah lari dari topic nampaknya. Haha.

Pulau Namiii!! *cikgu addmath syu pernah ke sini tahun lepas* x)


Hm, next jawapan diorang ialah “Boleh mengisi masa lapang,eh? Taktaulah.” *dia sengih lepas tu tutup muka.* Then syu sengih jugak. “Yeke boleh isi masa lapang? Hm, faedah ke tu ea? Sebab benda tu kan lagha. Lagipun, banyak lagi benda yang boleh dibuat untuk mengisi masa lapang. Such as membaca buku ilmiah, menonton rancangan dakwah, tolong ibu ayah, and so on…” Usai berkata, syu tengok kat dia and senyum. Then syu tanya lagi, “siapa lagi yang suka tengok korea? Akak rasa macam ramai juga tadi yang angkat tangan, kan?” Lepastu ada sorang budak cakap, “Entahla akak, macam takde faedah sangat je. Hm” “So korang sendiri yang cakap tengok cerita Korea tu takbanyak faedahnya, kan? Bukan akak yang cakap, tapi kamu dan kawan kamu sendiri mengakuinya, kan? So lepas ni nak tengok lagi tak Korea?” haha, syu tak ingat sangat apa jawapan diorang lepas tu, tapi lebih kurang macam tu la perbualan kami.

Next, syu pun tak ingat juga macam mana pertanyaan diorang, tapi yang syu ingat ialah jawapan salah seorang tu ialah, “Kalau tak couple, nanti tak famous. Nanti orang cakap taklaku sebab kita takde orang yang suka.” Hahhah. Nak gelak la plak bila taip ni. Hehe. Tapi masa tu, syu tersentap tapi hanya mampu tersenyum je. Hm, pada awalnya syu nak bagitau diorang kisah syu, tapi takut masa takcukup. Haha. Lagipun kakzati da panggil masa tu. So syu hanya mampu bagitau kisah Uwais al-Qarni kepada diorang.

“Siapa pernah dengar kisah Uwais al-Qarni?” *diorang menggeleng kepala*

“Uwais al-Qarni tu langsung tidak dikenali di dunia, tapi dia memang popular di langit. Maksudnya semua penghuni dilangit mengenali beliau atas kemuliaan beliau. Di dunia, dia seorang pengembala kambing je. And dia mempunyai seorang ibu yang buta. Dia ni memang miskin sangat. Dia hanya ada dua helai je baju. Satu ditubuhnya, dan satu lagi untuk ditukar dan disangkutkan dibahunya. Pernah, ada seseorang ingin menghadiahinya pakaian, tetapi dia menolak kerana khuatir dituduh mencurinya kerana dia memang selalu dituduh oleh orang ramai. Dia masuk Islam selepas sampai seruan di Yaman, tapi takpernah dapat bertemu kekasih Allah itu, iaitu Rasulullah SAW. Dia sangat teringin bertemu baginda, tetapi taksampai hati nak tinggalkan ibunya keseorangan. Selalunya, kalau ada rezeki lebih, dia akan membahagikannya kepada jiran tetangga. So memang dia takde simpanan la. Then jirannnya ada yang dapat bertemu dengan Rasulullah da and memperbaharui rumah tangga mereka dengan ajaran islam, tapi Uwais takpernah dapat berbuat sedemikian. Pernah, dia mendapat berita Rasulullah terpatah giginya disebabkan terkena batu sewaktu berperang. So dia pun mematahkan giginya juga dengan menggunakan batu. See, betapa dia sayangkan kekasih Allah itu. Then suatu hari tu, dia terlalu merindukan Rasulullah and naaakkk sangat jumpa dengan baginda. So dia pun bagitau ibunya. Ibunya terharu mendengar permintaan Uwais, lalu memberikan kebenaran untuknya bertemu Rasulullah, tapi dengan syarat, dia kena pulang secepat mungkin setelah bertemu dengan kekasih Allah itu. Lalu Uwais berangkatlah ke sana tapi tidak lupa untuk berpesan kepada jirannya agar melihat keadaan ibunya dan dia juga menyiapkan keperluan ibunya sebelum berangkat. Malangnya apabila dia tiba di rumah Rasulullah, Rasulullah sedang berperang pada waktu itu. Dia memang sangat sedih and ase nak tunggu baginda pulang, tapi mengingatkan pesanan ibunya, dia hanya mengirim salam buat baginda melalui Saidatina Fatimah AS. Apabila Rasulullah balik dari medan perang, baginda lantas menanyakan akan seseorang yang datang untuk menemuinya yang bernama Uwais al-Qarni. Sewaktu itu sahabat baginda turut berada disana, iaitu Saidina Ali dan Saidina Umar Al-Khattab. Then baginda menyuruh sahabatnya itu agar meminta doa dan istighfar buat mereka kerana Uwais adalah penghuni langit, bukannya penghuni bumi. Means betapa terkenalnya Uwais dilangit sehingga dikatakan dia seorang penghuni langit, kan? Lepas tu dipendekkan cerita, setelah ibu Uwais meninggal dunia, barulah Uwais dapat ke Mekah. Waktu itu mekah dibawah pemerintahan Umar al-Khattab sebab Rasulullah da mangkat masa tu. Apabila bertemu dengan Uwais, dia lantas melihat telapak tangan Uwais dan melihat ada setompok warna putih seperti yang pernah dikatakan oleh Rasulullah dahulu. So dia pun menyuruh Uwais berdoa dan beristighfar untuknya. Pada awalnya, Uwais taknak, tapi setelah didesak, barulah dia mengangkat tangan dan berdoa serta beristighfar buat khalifah itu. Umar kemudian nak bagi wang untuk Uwais bagi memperbaiki kehidupannya, tapi Uwais menolak and bagitau semoga harini je dia dikenali orang ramai. Lepas ni dia da taknak dikenali lagi dah. So, betapa dia tu zuhud and taknak dikenali, kan? Kalau kita?????  Nak couple semata-mata untuk famous? Berbaloikah?????”



Comments

Popular Posts