ALLAH UJI SEBAB ALLAH SAYANG :)

 Hello everyone.

 

It’s me.

Hi.

I’m the problem it’s me~

 (nyanyi ke tu~? :P)

Hahah. Do you know the song? Saya terhibur dengan lagu tu. Sebab, heyy. Everyone is a problem to anyone. Grr hahah.

 

Long time no see, huh? I’ve done my degree, we got covid all around the world, and almost everyone affected from various kind of way. But Alhamdulillah, I’m not really affected by it. I mean, yela memangla affected dari segi untuk sambung study kat UMS but then I got another offer a year later plus I have job while a lot of people kena buang kerja and so on.

 

And I’m grateful for that. Alhamdulillah. Like, hey. Allah loves me, right?

 

Cuma,, biasalah. Hidup tak selalunya, erm what should we call it? Lancar? Mudah? Those are the words yang selalu kita dengar, kan? Tapi ya, setiap masa senang kalau takde masa susah, agaknya kita mudah lupa dan mungkin boleh hancur hidup kita ni kan? Haha. I mean, kita mungkin akan lupa untuk kembali/bersyukur kepada Yang Pemberi Rezeki. Which is Allah, Tuhan Sekalian Alam.

 

In that case, aku bersyukur. Sebab apa yang aku dah alami for the past months or years buat aku kembali tersedar, hidup kita ni tak boleh terlalu, gembira? Nope, bukan tak boleh terlalu gembira. Tapi kalau hidup kita asyik mudah je and everything goes smoothly, mungkin kadang kita akan terleka dengan siapa sebenarnya kita patut bersyukur, right?

 

Kekadang kita takkan terlupa nak ucap terima kasih pada manusia-manusia yang dah bantu kita, atau yang buat kita happy, bagi kita sesuatu.. dan kadangkala kita, yea, kita ucap Alhamdulillah. Tapi adakah hati kita sejajar dengan rasa bersyukur itu kepada Allah?

Bagaimana dengan ibadat kita? Bagaimana dengan setiap tindak tanduk kita seharian? Adakah kita menunjukkan bahawa kita ini hambaNya? Atau hamba dunia?

Astaghfirullahalazim.. Nauzubillahiminzalik.. Semoga Allah membantu kita daripada alpa dan leka dengan dunia ini. I would ask for a good way, like, doa yang saya suka minta adalah agar dipermudahkan segala urusan, dunia akhirat. Dan Alhamdulillah, most of it I can handle in my own way. Dan sentiasa Allah buka jalan yang betul. Jalan yang lurus.

 

Tapi tak dinafikan kadang kala kita masih lagi boleh terjatuh. Cause, hey. Ini dunia. Tempat untuk kita diuji. Seperti sebuah litar waktu nak test kereta, ha. Sentiasa ada JPJ yang memerhati dari mana-mana kawasan yang berdekatan (tiber~)

 

And Allah, betapa dekatnya Allah dengan kita ni, lagi dekat daripada urat leher. Pernah dengar ayat tu? Surah al-Qaf, ayat ke 16. Also dalam surah al-baqarah ayat 186 pun ada jugak ayat tentang Allah itu dekat, yang bermaksud;

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.”

 

..

Ok lah, saya dah distracted again dengan benda lain. Haha. GTG. TTYL! 

Comments

Popular Posts