BERHARAP HANYA PADA-NYA

 Holla. It's me again. Second posting for tonight sebab teringat this one conversation with my friend.


S: Awak, awak rasa orang yang macam mana saya patut kahwin?
*diam sejenak.

M: Orang yang boleh bimbing awak.

S: Oh kenapa? Awak rasa itu benda yang paling penting ke untuk bakal suami saya nanti?

M: A'ah betul. Saya rasa dia kena pandai handle awak. Sebab nak jaga awak memang mudah. Tapi at some point, pening jugak nak layan kerenah awak ni.

..

Kalau orang mostly had a pillow talk with their safe person waktu nak tidur malam, I mostly had that kind of conversation time makan or driving. Sebab bila waktu nak tidur, my friend tetiba dah tertidur dah, tak sempat nak borak sangat. Penat agaknya. Huhu.

...

Do you remember when is the most precious time that you valued so much? 

I'm grateful cause I had that kind of person yang knows me in and out, yang aku boleh share almost everything about me. And I've told her, mana-mana lelaki yang berjaya tawan hati dia tu, aku respek sangat. Dan aku tak sabar untuk jumpa and ucap tahniah banyak-banyak kat lelaki tu. Sebab nak tawan hati dia tu umpama nak tawan Gunung Everest gituu hahah.

...


But,, yeah..

We always need to remind ourselves. Setiap manusia ni atau semua benda kat dunia ni isn't ours. Sooner or later, Allah boleh tarik balik nikmat mana yang, mungkin buat kita terleka? 

And also, jangan lupa untuk bersyukur seandainya kita mempunyai seseorang ataupun sesuatu yang kita trust and can share everything with. Jangan sampai suatu saat Allah tarik nikmat tu, baru kita nak meminta daripada Dia agar dikembalikan semula nikmat tu. Sebab that time, maybe dah terlambat. Atau kalaupun Dia kembalikan, boleh jadi it won't be the same anymore.


..

Remember, people change. Walau setiap hari dia berjanji untuk setia, tapi sekiranya Allah katakan jadi, maka jadilah. Kalau Allah ada another better plans for you, then that is it. And you need to accept it. Sebab itulah Qada' dan Qadar. 


Dan kita perlu sedar, bukan semua yang kita suka, adalah yang terbaik untuk kita.

"Boleh jadi kita membenci sesuatu, tetapi ia baik untuk kita. Dan boleh jadi kita menyukai sesuatu, tetapi ia buruk untuk kita. Allah lah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu, sedangkan kita tidak."
Surah al-Baqarah, ayat 216


..

Dalam kehidupan ini, akan ada banyak hal-hal yang tidak kita sukai, tetapi ia berlaku terhadap kita.

Bukan kerana Allah bencikan kita, bahkan kerana Dia menyayangi kita dan ingin kita meminta kepadaNya. 

...

Mintalah kepada Dia, mana tahu, Dia makbulkan?

Comments

Popular Posts