CERPEN
"Macam mana nak letgo?"
"Huh?"
"Aku tahu fakta, aku cuba untuk menerima fakta bahawa aku sepatutnya melepaskan. Tapi, aku, susah." dia menghembus nafas dalam, kedengaran agak berat.
"Apa yang kau nak?"
"Huh? Maksud kau?"
"Mesti ada sesuatu yang tak setel kalau kau tak dapat nak lepaskan benda tu. I mean, you know the facts, dan dalam Islam pun ada konsep redha dan pasrah. Tapi kau, nampaknya, ada sesuatu yang masih 'memegang' kau." Dia menekan perkataan memegang sambil membuat isyarat dua jari menggunakan kedua tangannya.
Diam.
"Kau, masih berharap ke?"
Mereka memandang langit. Lautan biru yang terbentang luas, menambahkan ketenangan alam. Kelihatan dua kanak-kanak remaja sedang bermain berkejaran, sambil diperhatikan oleh ibunya yang juga menjaga anak kecil yang sedang membina istana pasir bersama.
Gadis pertama mengeluh kecil.
"Seronoknya jadi budak kecik. Tak perlu nak risau banyak benda. Tak perlu nak hadap masalah besar, kan?"
Gadis kedua tersenyum memandang sahabatnya.
"Kau rindu?"
Dia tidak menjawab lagi.
"Apa kata kita buat istana pasir?"
"Ha? Serius la?"
"Yea, why not?"
"I mean, kita dah besar, kan? Macam pelik je nanti orang tengok."
"Well, tu la masalah kita, asyik fikir apa yang orang akan cakap. Padahal orang mungkin takkan cakap apa pun. And kalau pun diorang nak cakap or tanya, cakap jela kita buat istana pasir. Bukannya kesalahan pun."
"In this attire?" Gadis pertama menunjukkan pakaian mereka, seluar slack dan blouse. Mereka baru habis menyelesaikan satu tugasan syarikat.
"Sure, why not?"
...
To be continued..
Comments
Post a Comment