PERTENGAHAN

 So, these few days I asyik dapat bad dreams, dan I perasan jugak badan I terasa sangat penat, meminta untuk rehat dan rehat. Meskipun I jaga my food intake, I beli makanan yang full meal, cukup protein sayur and carbs, dan I memilih untuk bagi diri sendiri rehat daripada masak untuk sementara waktu sebab I tau waktu gitu agak crucial dan I tak nak kalau I lagi penat, dan I tidur awal jugak, cuma ada sedikit kesukaran untuk bangun -- I kena kejutkan diri daripada mimpi haha. 


Semalam pun I macam stress, so today I contact my friend yang I akan pergi kat dia kalau ada kemusykilan in life HAHAH.


Normally I tak minat nak call, tapi tadi I cakap nak call. Dan dengar je suara dia tanya khabar tu tiber ternangis lol HAHA!


Dia tanya I, "Siapa yang reject Syu!!?" (maybe sebab tengok status wasap I) Tapi I malas la nak cerita, kita yang tengah hurting ni boleh terhiris balik luka tu so I continue dengan soalan I je, tentang wasatiyyah. I ada mention pasal nak tanya benda tu kat wasap then dia cakap suruh call je terus alang-alang I ada cakap nak call sebelum tu.


"Cemana nak berada di pertengahan?"

"Menerusi ujian."


Jawapan dia yang pendek tu buat aku terdiam.

Dalam masa yang sama, I terpandang satu lubang besar segi empat tepat dekat siling tempat kerja ni. Tak pernah perasan lubang tu. Cantik. Seolah-olah lukisan di sana. Ada awan putih di langit biru. 


Dan dia explain some more, sampai satu part yang aku ingat, "Macam minum air kopi, kopi tu pahit, yang manisnya kita." Ciaaa! Haha. Tau-tau je tengah fikir pasal kopi hm. 


But then, jokes aside.

Jawapan dia buat aku terhenti dan memilih untuk bertenang. Sebab aku tak sangka begitu jawapannya. Dan juga kerana aku tahu, secara faktanya, manusia itu lupa. Ada waktu kita ingin terbang jauh ke angkasa, tanpa kita sedar, sayap kita cuma terbatas. Kita bukan bersayap malaikat, apatah lagi roket. Jadi, akan ada waktu kita disapa penat atas cubaan-cubaan kita untuk memiliki hal-hal yang lebih dari kemampuan kita. 


Dan waktu tu lah kita akan pandai untuk perlahan sendiri dan mula meminta pertolongan dari yang selayaknya. Dan yang terbaik adalah permintaan kepada Dia. Untuk Dia sampaikan bantuan dari pelbagai arah yang kita takkan sangkakan.


And yeah. Actually saya terjatuh atas dua sebab dalam masa yang sama, iaitu kerana cita-cita dan cinta jua. Jadi, tak pelik kalau I terasa impaknya, sebab ini bukan perkara kecil. Ini adalah peluang besar yang menjadi impian saya.


Yang penting, saya perlu terus mencuba dan berdoa padaNya.


Bismillah..


Comments

Popular Posts