"DAH TAK SINGLE!"
"Suf, dengar kata dah nak kawen?"
Dia sengih. Then iyakan. Borak punya borak, "Wife saya ..." he said something then I was like, "Wife?"
Eh dah kahwin ke?
Then dia gelak. Something yang I 'wow' adalah dia cakap dia praktis untuk borak dengan wife. Tapi then cakap 'bakal'.
"Cemana boleh nak kahwin ni?" Sebab I tahu, dia pun ada reject people before this. It's kind of like, 'Apa yang berubah?'
Dan salah satu jawapannya adalah "Dia baik macam Syu."
Jawapan tu buatkan I terfikir, aku sendiri pun kena reject due to something yang I tak minta untuk berlaku. Dan itu sahaja cabaran yang I tengah cuba untuk handle.
At the age of 28 (not yet 29 haha), I masih perlu untuk manage my life, my brain, my thoughts.
Tapi I tahu dan yakin, belum terlewat lagi untuk I menuju kesembuhan. Aku tak tahu siapa yang benar-benar sudi terima kekurangan yang ada dalam diri aku. Sometimes I juga penat nak handle semua ni sendirian. Tapi I tahu, satu saat nanti, Tuhan akan berikan aku takdir yang aku akan menangis bahagia.
Bukanlah sekarang tak bahagia. Seronok je being able to go here and there tanpa sekatan. Tak perlu minta izin haha. Tapi somehow it would be great to be able untuk 'minta izin suami' cause, I'd love to be a good wife, jadi isteri yang taat pada suami, sama-sama berjuang dan mengharungi kehidupan dekat dunia ni, in order to capai the ultimate goal which is Jannah, tapi kenapa aku masih 'reject' people recently adalah sebab I tahu, perkahwinan ni bukan sekadar untuk ada partner in life, to do all the married people did, tapi untuk sama-sama mencapai redha Ilahi.
Dan aku tahu dan sedar, ada lelaki baik yang aku tak mampu nak sambut rasa suka dia terhadap aku dalam beberapa minggu ni. Bukan sebab aku menolak kebaikan yang ada pada dirinya, tapi aku tak yakin kalau aku mampu untuk kekal 'baik' dengannya, terutama bila berlaku perselisihan.
Meskipun aku tahu aku adalah orang yang baik, tapi aku juga tahu, aku mampu menjadi 'jahat' dalam beberapa hal yang melibatkan rasa penat untuk explain things. Dalam beberapa hal, aku tak boleh nak slow down terutama bila otak aku terlalu laju. Aku memerlukan seseorang yang boleh menjadi ketua dalam keluarga kami. Semoga, Tuhan izinkan untuk aku bertemu dengan lelaki terbaik untukku, dan aku juga baik untuknya, dan kami boleh memilih each other untuk meneruskan perjalanan hidup yang panjang ini..
MQ,
Serdang.
.jpg)
Comments
Post a Comment