NIKMAT YANG DITARIK

 You know what, dalam beberapa tempoh ni, I tak perasan hidup I a lil bit haywire again. Sebab I cuba untuk manage tapi bila dah libatkan few people dan ada yang cakap tetiba I sensitif, then member (guru kehidupan) I pun ada bagitahu I dah perlu tune in my mind again through fashdu, baru I boleh link kan semua tu. My brain dah start bising semula. 


Haritu I makan ubat, at first I rasa macam 'sunyi' betul my brain. I had to adjust few things tapi bestnya benda tu sebab I dah boleh manage banyak benda. Rasa macam orang normal. Boleh pilih bila nak fikir tentang satu-satu perkara, atau tidak.


Now that I dah almost nak stop ubat tu, I dah lupa tentang nikmat mempunyai otak yang mudah dihandle seperti orang normal yang lain sewaktu I makan ubat tu.


Semua benda terasa mudah diurus.


Sehingga satu malam I rasa otak I terlalu bising yang membuatkan I text someone in my past. I rasa I perlukan jawapan. Jawapan dia normal. 


Next day, I text another person cause I rasa tak layak. Dia cakap I sensitif. I macam pelik cause I tak rasa sensitif dan I point out fakta. 


The day after, I text guru kehidupan I for an answer to something. Then, dia pointed out regarding my brain. 


The next day, baru I perasan.


I dah start losing the nikmat of having normal brain, cause I dah very low dose ubat yang bantu my brain to function like a normal person.


I perasan I dah kena banyakkan berzikir supaya otak I tak melayang pergi entah ke mana.


I perasan my brain dah start masukkan conversation demi conversation, remind I hal-hal yang I dah berjaya lupakan dan move on sewaktu I dapat nikmat otak orang normal.


Dan, I dah kena susun atur hidup semula, dah tiada auto-pilot. 


Sejujurnya rasa sedih juga hilang nikmat tu. Sebab betapa mudahnya hidup with normal brain.


Rasa hilang satu nikmat yang sangat besar. 


Saya masih ingat, waktu awal saya makan ubat tu, saya bagitahu doktor, rasa pelik sebab otak tiba-tiba rasa macam tersusun dalam box-box tersendiri. Dan box tu tertutup. Bila nak berfikir pasal tu, rasa perlu buka box tu untuk berfikir tentang tu.


At first struggle untuk manage benda tu. Tapi after beberapa lama, I dah faham nikmat fikiran dalam kotak yang tertutup dan tersusun. Sebab selama ni fikiran I seolah-olah terbang melayang, muncul bila-bila masa yang dia nak. Sebab tu I perlukan jadual dan sistem.


Tapi dengan nikmat otak normal, I dah tak perlukan semua tu. I dah boleh manage dengan mudah. 


Dan bila ubat sekarang dah low dose, sebab I minta utk stop ubat cause I rasa dah boleh manage, tiba-tiba fikiran I kembali terbang melayang. 


Dan I baru sedar benda tu.


I rasa macam, wow. Begitu rupanya nikmat yang tak semua orang sedar. 


At first I rasa cemburu dengan orang normal tapi sekarang I faham, I perlu susun dan cuba untuk manage otak I, mana tahu, satu hari nanti otak I dah boleh jadi seperti orang normal.


Hal ini secara tidak langsung memberikan aku satu rasa syukur yang tidak pernah aku terfikir. Bersyukur untuk nikmat yang telah dia tarik. Bersyukur kerana mampu sedar akan nikmat itu.


Alhamdulillah.

Comments

Popular Posts