JANGAN PUTUS ASA

 So, things had been difficult for about a month, and today I feel sad (again) cause the things yang I was expecting for, doesn't work the way I ask for.


Dia macam, sedih la kot. Till I binge eating (yeah I know tak patut tapi tak sedar was doing that haha) dan sekarang rasa macam menyesal walaupun at first I feel glad sebab I let myself eat whenever I feel doing it. Cuma sekarang bila sedar dia dah jadi binge eating, hmm. Menyesal pun ada. 


Rasa macam nak give up pun ada.


Rasa macam dah penat nak kuat so perhaps I'll just let myself utk lower down everything, dan betul-betul rehat. 

Entahlah, I rasa dah penat nak berusaha kuat sehabis baik semampu mungkin. 


Tapi I tahu itu bukan option yang baik untuk berputus asa, apatah lagi nak putus asa dari rahmat Allah, memang satu benda yang salah. 


Dan saya juga tidak ingin menjadikan perjuangan saya selama ini sebagai sesuatu yang sia-sia. It's okay. kena bangkit lagi. Mula lagi.


Saya tahu, benda ni penat.

Nak mula balik tu ada waktu rasa nak putus asa kejap.


Tapi Rinjani pun dah ajarkan awak untuk berhenti rehat seketika sebelum sambung perjalanan, kan?


Begitulah hidup ini.


Ada waktu, kaki kita melangkah tiga tapak ke hadapan, tapi dek kerana batuan yang banyak di lantai jalan, badan kita terkebelakang dua tapak. Tapi tak bermakna kita perlu putus asa dan semuanya sia-sia.


Puncak tu dah tak jauh dah. Sikitt je lagi.


Cuma perjalanan ni akan ambil masa sikit, jadi, teruskan perjuangan, okey?


And you there, too.


Untuk kamu atau sesiapa sahaja yang membaca tulisan ini, saya doakan kita semua akan tiba di destinasi akhir kita dengan baik dan selamat, okay? Kalau penat, rehat. 


Tak apa. Ambillah masa untuk bersangka baik dengan Tuhan. Tak rugi pun.


Sebab apa?

Sebab Tuhan itu menurut persangkaan hambaNya.


Biiznillah. Bismillah.

Semoga Tuhan bantu kita dengan segala bentuk bantuan terutama dari ruang-ruang yang tidak kita sangka ada. :')


Comments

Popular Posts