GANTI
"It's okay, kalau kau lepaskan dia untuk elak daripada maksiat, lepas ni Allah akan bagi yang lebih baik lagi, insyaallah."
Aku terbaca tulisan tu di media sosial. Perkataan dia buatkan aku terfikir.
Akan ada orang yang jauh lebih baik berbanding diri kita, meskipun kita sudah sedaya upaya berbuat baik sebanyaknya.
Dan tadi, waktu dalam perjalanan ke tempat kerja (eh kejap ke dalam mimpi? haha lupa), suasana sekeliling tu buatkan aku perasan (ok confirm waktu otw gi kerja).
Ada satu traffic light yang lama (the only one yang aku kena hadap untuk pergi ke tempat kerja tu), dan waktu aku dari jauh dah nampak dia baru tukar warna kuning. Means bila aku sampai situ, dia baru merah la.
So aku macam, ah ok lah tak apa lah. Tunggu jelah en. Then sambil tunggu, aku perhatikan kereta-kereta yang lalu dihadapanku (simpang 3).
Somehow aku terlintas, banyak je benda-benda yang tak perfect dalam hidup ni. Aku je yang suka nak perfectkan sesuatu perkara. Walaupun kadang tu bukannya pilihan tapi mungkin itu yang badan aku dah terbiasa dan perlu diubah.
Dan rasanya benda ni lah yang I tertanya-tanya sebelum ni. Tentang wasatiyah yang I doa, nak belajar. Banyak ujian yang buatkan aku secara tak langsung, sedar tentang perlunya untuk kita bersederhana.
Terlalu menjaga -- boleh membuatkan kita sakit bila kita lepaskan apa yang selama ini kita jaga.
Langsung tak jaga, juga boleh membinasakan diri sendiri dan mungkin orang lain jika ia melibatkan orang lain.
Dan aku juga dah belajar tentang perasaan yang terlebih dan perasaan yang langsung tiada.
Hakikatnya, dunia ini tidak perlu untuk kita meletakkan 100% rasa atau percaya, kecuali kepada Sang Tuhan. Itu pun, dalam quran telah disebutkan untuk meletakkan usaha WALAU SEDIKIT dan menambahkan rasa tawakkal kepada Tuhan untuk diberikan apa yang kita mahukan (contoh kejadian Musa dikejar Firaun - perlu angkat tongkat utk belah laut serta kejadian Maryam melahirkan, perlu goncang pokok kurma untuk buat tu jatuh).
Jika tidak, nescaya Dia akan menggantikan hal tersebut, dengan hal-hal yang jauh lebih baik untuk kita.
[2:216] - Boleh jadi kita sukakan sesuatu tapi ia tidak baik utk kita dan boleh jadi kita tak sukakan sesuatu tapi ia baik untuk kita -- Allah lah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Wallahualam.
.jpg)
Comments
Post a Comment