TAHU VS SEDAR
Ada beberapa perkara yang bermain difikiran saya ketika menuliskan tajuk ini. Ada waktu saya akan menulis terlebih dahulu sebelum memasukkan tajuk, tapi ada waktu saya tahu apa yang ingin ditulis, saya terus letak tajuk.
Tapi tajuk ni buat saya termenung seketika.
Kerana ada beberapa perkara yang membuatkan saya terfikir.
Tentang Allahyarhamah Kak Areefah, tentang orang-orang dalam MeCare, dan tentang diri sendiri ketika bertemu MeCare dan diri yang sekarang.
Kalau diikutkan, saya adalah Syuhada Azlan, jasad yang sama. Namun keadaan diri saya ketika bertemu MeCare, adalah keadaan yang agak berbeza berbanding sekarang.
Saya sedang struggle dengan diri sendiri, melawan klinikal depresi seorang diri, yang akhirnya memilih untuk kembali melakukan apa yang saya pernah suka suatu ketika dahulu -- sukarelawan.
Pada waktu saya melawan rasa sakit itu, saya memilih untuk memberikan kemampuan, skill dan minat dalam designing. Media adalah kehidupan saya sejak sekian lama. Dari kecil suka memandang sesuatu perkara dalam kotak yang berbeza.
Instead of melihat dalam satu pemandangan yang luas dan besar, saya memilih untuk melihat hal-hal kecil yang tidak ramai sedar akan wujudnya ia. Hal-hal kecil yang membesarkan fikiran dan hati saya.
Mungkin itu salah satu sebab saya kadang terlepas hal-hal besar. Kerana terbiasa memandang perkara yang jauh lebih dalam dan abstrak. Dan bila saya sedar, saya tahu saya perlu zoom out dan melihat dalam konteks yang lebih besar.
Ada satu persoalan yang pernah saya tertanya-tanya, "Kenapa saya?"
Pada waktu saya menyangka tiada siapa sedar akan kewujudan saya, namun pada hakikatnya, ada.
Pada waktu saya struggle untuk menyayangi diri sendiri dan memilih untuk fokus kepada orang-orang yang jauh lebih tidak bernasib baik berbanding saya, tanpa saya sedar, ada yang memerhati dan bersyukur akan wujudnya insan seperti kami.
Aku sejujurnya bukanlah 'sebaik' itu. Namun aku memilih untuk membahagiakan hati dengan hal-hal kecil yang aku mampu syukuri tentang nikmat-nikmat yang jarang terlihat.
Ada dua perkara terbesar yang aku baru sedar akan nikmatnya, iaitu nikmat hati dan fikiranku.
Aku pernah sakit kerana hati dan fikiranku -- aku merasakan ia adalah punca akan kesukaran dan juga ada waktu terlupa untuk menyayangi diri sendiri.
Namun setelah sekian lama, barulah aku sedar, hati dan fikiran inilah yang menjadikan aku sebagai 'aku'.
There are parts of life yang orang tak nampak, tapi aku nampak.
Sebagaimana parts of design yang people sometimes missed it. But I saw it.
So, yeah.
Although saya pernah tanya kak Areefah, "Kenapa saya?", kak Areefah hanya senyum. Tak jawab soalan tu.
Siapa yang tak pelik, first time volunteering dengan mereka, tapi pilih aku untuk jadi staf sementara MeCare, sedangkan ramai yang jauh lebih baik berbanding aku. Dan mereka yang lain pun ada yang lebih lama berbanding aku bersama MeCare.
Tapi kini aku sedar, mungkin itu hanya Allah yang gerakkan hati mereka untuk 'menyelamatkan' aku yang kian lupa akan hakikat diri sendiri itu sangat bernilai dan berharga. Dan layak.
.jpg)
Comments
Post a Comment