TAKDIR
Recently saya ada start rasa lost balik.
Sempatlah tertanya-tanya, "Kenapa?"
...
Apparently, it is because of I forgot to being human.
I dah jadi robot yang tidak berperasaan sepanjang 3 bulan yang lepas.
Sebenarnya memang saya sangat sibuk. Media sosial pun tak sempat buka. Bila member tanya pasal isu semasa pun I dah lost.
Dan orang sekeliling pun sedar akan kesibukan saya tu.
Tapi waktu tu, elok je saya manage semuanya.
Masih tidur dan rehat yang cukup.
Cuma...saya lupa akan satu perkara --- emosi.
Emosi itu juga makhluk Tuhan yang layak untuk didengari dari semasa ke semasa.
Emosi itulah yang menjadikan kita manusia.
Emosi itulah yang ,... entah.
Recently I ada tengok cerita Marvel yang lama. Alien yang mengatakan emosi itu adalah kelemahan manusia -- makhluk bumi. Almaklumlah dia tu bangsa alien. Haha.
And in a way, the human buktikan bahawa emosi itulah yang menguatkan kita as human.
.
.
Kemudian, saya bertemu sahabat. Beliau mengingatkan saya untuk being mindful, sentiasa sedar akan apa yang kita lakukan ni.
Sebab itulah kurniaan Tuhan buat kita.
Meskipun kita dan jalan hidup ini telah ditentukan oleh Allah, yang mana kita takkan boleh lari daripada ketentuan itu, tapi yang menjadikan kita 'hidup' ini adalah emosi kita.
Bagaimana kita mengizinkan diri untuk merasai tiap kesakitan, tiap kedukaan, dan juga tiap kebahagiaan dan lain-lain emosi.
Antara perkara yang saya belajar tentang emosi adalah, ia juga makhluk Tuhan. Ia akan datang mengetuk pintu hati kita, menggoncangkan hidup kita buat seketika, dan pengakhirannya apa?
Pengakhirannya adalah untuk kita sedar hakikat kita ini adalah hamba, Dialah Yang Maha Berkuasa, dan kita tiada sebarang daya dan upaya melainkan dengan izin dan bantuanNya.
Tak perlu untuk kita fahami sehingga ke dasar bagi setiap perkara, tentang kenapa dan mengapa ini berlaku sedemikian rupa.
Cukup untuk kita sedar, Allahlah yang merancang segalanya. Tapi untuk beberapa perkara, ada takdir yang boleh diubah dan ada yang akan tetap terjadi, meskipun kita cuba untuk mengubahnya.
"Tiada daun yang luruh di bumi ini melainkan Dia mengetahui dan mengizinkannya."
MQ,
2026
.jpg)
Comments
Post a Comment