BOLEH TAK KITA BERPUTUS ASA?
Entah kenapa, dari satu pertemuan yang sangat singkat, dengan satu penanda buku tertulis "Innallaha ma anna (dalam bahasa Arab). Sesungguhnya Allah bersama kamu.", terasa seperti, sesuatu?
Sebuah kata-kata yang aku dah lama tak dengar. Dan sepertinya ada sesuatu pada dirinya yang aku perasan. Walaupun aku cuma memandangnya dengan hanya sekilas pandangan, aku seakan melihat ada sebuah rasa yang berat dari dalam matanya. Walaupun dia tersenyum ketika menghulurkan penanda buku tersebut.
Aku memerhatikan susuknya yang kemudian menyusun buku. Aku tahu rasa itu. Itu adalah sebuah rasa yang berat. Penat. Tapi aku juga mungkin salah. Mungkin dia cuma introvert? Entah. Biarlah. Semoga Allah angkat rasa berat yang dia hadap, sekiranya betul.
Aku cuma mengucapkan rasa terima kasih tanpa perasan apa-apa yang lain di penanda buku tersebut, sehinggalah apabila aku tengok semula, rupanya ada 'alias' yang menandakan Instagram handler penulis kata-kata tersebut. Dan aku tag dia. Dia follow aku, aku followback.
Aku sebenarnya tak rajin nak followback lelaki, nak nak lagi yang aku tak kenal. Tapi melihatkan dia punya Instagram merupakan akaun yang bagus, maka aku juga ikuti akaun Instagram dia.
Yang akhirnya membawa kepada sebuah persahabatan yang baik. Dan mungkin, kelakar bagi aku. Biarlah cerita itu hanya kami yang tahu.
Berkaitan berputus asa, mungkin korang boleh baca screenshot kat atas. Ia cukup padat dan dekat. Dan ia juga merupakan satu ilmu yang baharu buat diriku.
Dan aku cuma berkongsi. Manatau, ada yang memerlukan?
Adios!
Comments
Post a Comment