TUHAN, AKU MEMILIH UNTUK MERASA SAKIT

 Kadangkala, aku merasa pasrah dengan rasa sakit yang aku pernah hadap. Aku memilih untuk mengelakkan rasa sakit, setiap kali ada yang 'approach'. 


Bukan apa, tapi kerana aku sedar, apabila kau bersedia untuk menyayangi, kau juga perlu bersedia untuk merasa sakit. 


Tidak ada perhubungan yang hanya membuatkan kau bahagia semata, kerana kita semua adalah manusia.

Well, kalau kau berborak dengan ChatGPT pun kau boleh rasa geram walaupun ia adalah AI yang dicipta untuk membantu manusia mendapat info dengan cepat. Kerana ia adalah mesin yang belajar. Atau dalam bahasa Inggeris, Machine Learning. 


Jadi, mesin yang tiada emosi, tiada perasaan juga boleh buat kita marah, geram, atau mungkin juga tergelak sekiranya kita bertanya soalan yang kelakar kepadanya, apatah lagi manusia, yang saling mempunyai rasa.


..

Jika selama ini aku sentiasa merasa was-was untuk menerima 'cinta' dari lelaki, tetapi kali ini, aku merasakan, 'Mungkin dia jodoh aku? Mungkin dia yang terbaik?' 

Tetapi aku juga agak pelik dengan cara kami 'berjumpa', yang membuatkan aku terfikir, mungkin ini juga adalah salah satu kerja Tuhan untuk mengajarkan kami sesuatu. 


"Kita jadi kawan baik, okay?"

Aku, seorang gadis yang sentiasa berhati-hati dengan ajnabi. Tiba-tiba dicampakkan rasa, 'Ah, aku bersedia untuk merasa sakit'. Aneh, kan? 


Tetapi aku juga merasakan seperti ini adalah merupakan satu tempoh yang singkat untuk Dia memberikan aku sebuah pembelajaran tentang kehidupan. Yang mana membuatkan aku bersedia untuk merasa sakit. Merasa disakiti. Dan mungkin juga memberikan sebuah pengajaran yang diperlukan oleh lelaki itu dalam kehidupan dia, agaknya?


Yang pastinya, aku memilih untuk merasa sakit. Tetapi dengan rahmat dan kasihNya, Dia hantarkan aku orang yang tepat. Pada waktu yang tepat. Untuk sebuah hikmah yang agak besar dalam kehidupan aku.

"If you feel no one cares about you, I already care and pray for you, even I'm not there."
-18 Januari 2025-
Richiamo Cafe, Puchong.
Daripada seseorang yang memiliki kebijaksanaan, keinsafan, dan menghargai fitrah kehidupan.



Comments

Popular Posts