SELAMAT HARI MALAYSIA
Lama saya pandang ke hadapan. Jauh. Dengan fikiran yang kosong.
...
Saya sedang duduk di tempat kebiasaan, di kafe kegemaran, sambil menunggu pesanan yang telah dibuat.
.
Sebenarnya daripada tadi saya merasakan agak penat, sedih dan sedikit 'hilang'.
Entah kenapa.
Kalau diikutkan planning asal, hari ini nak selesaikan kerja-kerja yang tertangguh, namun seharian terasa 'tiada mood' dan tak larat nak buat kerja. Cuma rasa nak habiskan masa begitu sahaja.
Dan perasaan sedemikian akan muncul jika jadual saya kosong - tanpa jumpa sesiapa untuk seharian penuh.
Jadi, sekarang, jam 7.23 malam, saya berada di kafe tersebut.
Pesan makanan yang tak pernah saya pesan dengan kesedaran penuh -- iaitu nasi bersama sup bebola daging.
Kami membesar dengan makanan sebenar (real food), mungkin sebab ianya lebih murah berbanding makanan sejuk beku. Almaklumlah, anak jati Pantai Timur. Nelayan dekat, harga murah. Dan semestinya makanan segar. Ah, beruntungnya anak kampung seperti kami dahulu.
Dan.. Setelah satu demi satu suapan dilakukan, perasaan kosong itu semakin hilang dan terisi dengan sebuah rasa syukur.
Syukur, kerana nikmat-nikmat yang tak pernah kami benar-benar hayati.
Tidak sehingga akhirnya sambung belajar di tempat yang beribu batu daripada tanah kelahiran, iaitu Universiti Malaya.
Kerana di sana, terdapat seorang rakan yang berasal daripada Sabah.
Waktu kami membeli makanan, dia mengambil nasi, sayur dan nugget.
"Tak amek lauk ke?"
"Ni."
Semestinya aku merasakan suatu keanehan muncul dari dalam diri.
Dan apabila berbual dengan lebih lanjut, barulah aku tahu, betapa aku sangat beruntung berada di Pantai Timur.
Dan kemudian, ketika belajar di kejiranan Sabah (Wilayah Persekutuan Labuan), makin banyak yang aku belajar tentang 'sumber makanan'.
Ada orang, makan atas dasar kemahuan.
Dan ada orang, makan atas dasar keperluan.
Dan aku, pernah berada di kedua-duanya.
Ah, masa berlalu begitu sahaja.
Dan kini, aku semakin sedar.
Kita tinggal di dunia yang sama, namun kehidupan kita berbeza.
Wallahualam.
MQ,
Serdang.
16 September 2026
Di sana,
.jpg)
Comments
Post a Comment