SUNYI

 Entah kenapa terdetik untuk abadikan fikiran ni di sini. 


Mungkin, dengan harapan apabila saya tiada kelak, tulisan ini boleh menemani mereka yang turut merasakan hal yang sama.


Ia adalah tentang rasa sunyi.


Sebuah rasa yang jarang orang ingin akui. 


Sebuah rasa yang mungkin, orang anggap sebagai 'loser'.


Dalam beberapa hari lagi, merupakan hari ulang tahun kelahiran aku yang ke-29. Kiranya, sudah hampir 29 tahun aku menghuni dunia ini, tidak termasuk di alam rahim ibuku. 


Dan kebanyakan orang, termasuk adik-adik aku, telah mempunyai pasangan hidup bahkan anak masing-masing. 


Aku?

Belum.


.

Dan sejujurnya ada ketika aku merasakan 'sunyi' itu.


Balik rumah, nak makan tengah hari, makan sendirian.

Seronok dengan sesuatu perkara, hanya tersenyum sendiri. It's kind of sad but I'm fine.


Kekadang teringin nak ada teman hidup, hanya untuk berkongsi rasa.


And I think I am old enough to make good decisions for myself, and for others.


Menjadi guru adalah merupakan satu tanggungjawab yang membuatkan aku terpaksa dewasa, walaupun ada waktunya aku masih berharap untuk menjadi 'muda buat selamanya'.


Alas, I am not Peterpan. This is not a magical world. 

Welcome to the reality.


...


And you know what, I rasa macam dah lama I berada dalam dunia Evermore tu. Eh Neverland eh? Haha lantaklah. Yang pasti, tidak berpijak di bumi yang nyata.


Awal tahun lepas, I ada jumpa this one man yang buatkan I 'keluar' dari dunia bayangan I. Dan walaupun kehadiran dia sangat singkat dalam hidup I, tapi sampai sekarang ia memberi kesan yang signifikan dalam hidup I. 


Dia buatkan I sedar, I dah tak remaja lagi. Selama ni, bagi I, umur hanyalah nombor. Kematangan seseorang tidak tergantung pada umur. Dan dia, adalah seorang yang matang. Yang membuka pandangan I terhadap dunia, bukan semuanya indah belaka.


Walaupun aku dah hadap banyak ujian hidup, tapi semua itu masih membuatkan aku melihat dunia dalam kaca mata aku yang tersendiri. Dan perubahan setelah sertai NGO kesihatan mental pun, adalah perubahan yang melihat dunia dalam kaca mata orang-orang yang dalam kesakitan senyap.


Setelah aku jumpa dia, aku melihat dunia dari sudut kaca mata seorang IF. Satu dunia yang sunyi, senyap, dengan ujian yang berbeza berbanding apa yang aku pernah temui sebelum ini.


Dan aku kini merasakan sunyi yang sama.


.

Jika sebelum, aku merasakan hidup aku penuh dengan warna warni, kini aku mulai nampak warna hitam dan putih. Warna-warna kelam dan kusam.

Warna-warna yang jarang dan tidak pernah aku terasa kewujudannya sebelum ini.


Aku yang banyak disibukkan dengan aktiviti seharian, dipenuhi oleh manusia-manusia yang mengukirkan senyuman di hati, dan kini aku mulai nampak beyond that colours. 


Ada satu bentuk kesunyian yang selama ini tidak pernah singgah di hatiku, meskipun aku masih tiada pasangan hidup pada ketika itu.


Dan aku tak tahu penulisan ini akan sampai kepada siapa.

Tetapi jika anda sedang membaca tulisan ini dan merasakan sunyi yang sama, ada satu perkara yang saya nak ajak kita sama-sama telusuri buat seketika.


..

Ada beberapa waktu yang membuatkan aku merasa sangat penat menghadapi dunia dan seisinya. Dan tiada sesiapa untuk aku 'kongsikan' rasa penat itu.


Tiada siapa untuk aku mengadu dan memujukku..untuk teruskan melangkah dan rehat bila tiba waktunya.

Tiada sahabat yang benar-benar dapat memujuk hati buat waktu ini, membuatkan aku terpaksa mengadu semua rasa ni, kepada Dia.


Ya, terpaksa.


Pada awalnya, aku terfikir.


Kenapa tiba-tiba hidup ni terasa sebegini? Sedangkan aku masih mempunyai ramai manusia yang aku temui setiap hari. Masih ada aktiviti sukarelawan yang aku lakukan dan masih ada orang-orang baik yang buatkan aku dipujuk, dan juga tersenyum setiap hari.


Tapi ada satu waktu, aku sedar.


Aku dah lama tak gelak yang betul-betul menghiburkan dan menenangkan hatiku.


Gelakan yang membuatkan aku rasa puas dengan apa yang ada dihadapanku pada ketika ini.


Bukanlah aku tidak bersyukur, tapi mungkin bila satu hari rasa itu pernah diisi, dan hari yang kemudiannya ia tiada, sangat terasa kosongnya ia.

.....

Dan sebenarnya, apa yang saya nak sampaikan adalah, tentang rasa 'terpaksa' mengadu pada Tuhan, kerana itulah satu-satunya cara yang boleh dilakukan pada ketika ini.


Dan benda ni buatkan saya terfikir.


Adik-adik saya sendiri pun dah ada pasangan dan baby. Keluarga kecil mereka.


Tapi aku kat sini masih tidak tahu apa atau siapa yang akan menemani hari-hari tua nanti.


It felt like satu penantian yang entah bila akan tiba masanya, tapi ada satu perkara yang aku belajar daripada kehidupanku sebelum ini. 


'Mungkin ini adalah waktu untuk aku belajar bercinta dengan Tuhan.' 


........


MQ,

8 September 2026

Selasa, 10.54 malam.

Serdang, Selangor.



Comments

Popular Posts