BENARLAH KATA-KATANYA ITU..

 Aku percaya akan firmanNya. Aku tahu segala apa yang dikatakanNya itu pasti benar dan pasti terbukti benar.. cuma... kadangkala.....

.

.

.

.....

"Ya Allah, aku dah penat dengan ujian yang terlalu banyak dan menimpa diriku.. Bolehkah berikan waktu untuk aku berehat.."


Dan kemudian, Dia sertakan rehat buatku. Cukup lama. Dan agak lama. Sehingga satu waktu, aku terdetik, 'Tenangnya hidup? Macam dah lama tak rasa tekanan tinggi dekat kepala..' Belum sampai sejam terlintas, tup diuji. Seharian rasa pressured yang tinggi. Rasa tertekan dan stres. 


Terus hati rasa terkedu atas 'rasa' yang timbul sebelumnya. 


Dan kemudian, bila I minta rehat, Dia bagi. 


Tapi ada waktu kerehatan itu terasa kosong jika tidak disertakan dengan zikrullah. 


Aku.. entahlah.


At this phase of my life, ada banyak rasa yang muncul dan pergi, dan ada sesetengahnya tinggal untuk beberapa waktu.


Dan aku tak tahu kenapa, sejak beberapa ketika ni, aku sering merasa sunyi. Namun dalam masa yang sama aku juga tidak mahu melanggar janji yang telah dipateri dalam hatiku. Untuk tidak lagi 'mencari' dosa atau hal yang sia-sia. 


Maybe it's just my age.

Maybe it's temporary.


And the best part of it adalah, sebab aku yakin bahawa Dia akan berikan pasangan yang terbaik untuk aku, jika itu sudah ditetapkan buatku.


I mean, untuk doa rehat dan sakit tu pun Dia boleh jawab instantly, semestinya doa lain juga Dia bukan sengaja lambatkan, right?


I mean, I trust Him enough to do all the plannings for my life.

And the fact that I now nampak kebaikan yang Dia berikan kepada aku hasil daripada kesukaran yang pernah aku hadapi, pasti ini juga ada perancangan yang sangat manis buat kita, kan?


Aku sendiri tidak pasti, jodohku kah atau ajalku yang akan menjemputku terlebih dahulu.?


Cliche words, but it's true.


And I also know jodoh itu adalah perkara yang kita boleh ubah. Hanya sahaja jika satu pihak sahaja yang mencuba, maka pasti ia tidak akan berhasil jua, kan?


Jadi aku memilih untuk berputus asa untuk mencari.


Cukuplah untuk kali ini.

Sejujurnya aku penat untuk mengejar rasa yang tidak pasti.


Ianya cuma perkara yang sia-sia.


Kalaulah hati ini boleh dicampakkan sejauhnya, pasti itu perkara utama yang aku ingin lakukan.


Tapi aku juga tahu, hati itu ada fungsinya..


Dan bercakap tentang hati, aku baru sahaja mengajarkan kepada muridku tentang bagaimana untuk mencari hati, kerana mereka memberikan permasalahan 'hilang hati' sewaktu kelas Asas Sains Komputer. Dan aku membuktikan kepada mereka, bahawa hati yang hilang itu boleh dicari dengan bantuan pemikiran komputasional yang dipelajari dalam bab 1 tingkatan 3 itu.


"Cikgu, macam mana nak cari balik hati tu?"

Aku tersenyum. 

Mereka murid aliran agama, dan aku tak sangka akan mendapat persoalan itu.


Aku menuliskan di papan putih;

Cara untuk mencari hati:

1. Cari manusia yang mempunyai hati.

2. Carilah menerusi pemilik hati.


Lantas aku memandang mereka dan berkata,

"Kita boleh cari melalui manusia, tapi solusi itu mungkin kurang berkesan, kerana manusia tetap boleh hilangkan lagi hati kita.. Jadi.. carilah menerusi Pemilik Hati itu sendiri.."


"Siapa pemilik hati tu cikgu?" Aku mengukirkan senyuman mendengar persoalan itu. 

"Tuhan."

Comments

Popular Posts