HE LISTENS

"Tuhan tu Maha Mendengar, bukan dekat Mekah je boleh berdoa." - IF


Kata-kata tu masih terngiang-ngiang di telinga aku. 

Dan ada ketika, kata-kata daripada ayahku sewaktu hari pertama menghantarkanku ke sekolah berasrama penuh, "Bukan mudah nak mudah," yang membuatkan aku termenung lama, tambah lagi, keluarga aku tengah diuji.


Entah kenapa peringatan-peringatan itu muncul kembali di benakku buat seketika waktu. Mungkin kerana aku juga sedang diuji pada waktu ini. 


Hal-hal yang membuatku teruji dengan doa-doaku. 


Ada satu ketika, aku diuji dengan sangat banyak, dan setelah ujian itu beransur pergi, aku meminta agar tidak diberikan ujian yang berat buatku, kerana aku telah penat menghadapi dunia ini sendirian. Hahaa.


Tapi kemudian aku rasa 'bosan' dengan hidup yang terlalu tenang.


Banyak perkara yang mendatang pun, aku boleh hadapi dengan baik dan tenang. Seolah-olah aku ini adalah robot.


Sehingga satu waktu, hatiku terdetik, 'Dah lama tak rasa serabut'.


Dan, boom! Tak lama lepas tu aku rasa kurang sihat. Dan jadualku terlalu padat sampai terasa seperti tiada ruang untuk aku menyelesaikan hal-hal yang terlalu banyak tanpa henti. Sehingga aku terpaksa 'shut down' buat beberapa ketika.


Aku batalkan kelas tuisyen kerana merasakan sangat tidak larat untuk 'berjuang' lagi untuk hari itu.


Dan akhirnya aku memilih untuk rehat.


Ternyata, betullah. Bahawa dunia ini adalah permainan dan senda gurau. Tanpa ujian, hidup akan terasa kosong. Dengan ujian, hati kita akan lebih 'aktif' mencari Dia.


Bukanlah nak cakap kita tak bersyukur dalam konteks kehidupan harian yang sibuk, namun adakalanya memang kita memerlukan peringatan untuk menjernihkan semula hati yang semakin lalai dan leka.


Ada ketika, aku sudah berdamai dengan takdirNya. Namun tidak dinafikan, akan ada waktu hati kita terlalu sunyi meski dikelilingi dengan manusia yang pelbagai.


Jadi, bersyukurlah.


Dan teruskan berdoa.


He listens. Always.


MQ,

2026

Comments

Popular Posts