"KENAPA SAYA TAK BOLEH GIVE UP?"

 "Ms, saya dah tahu jawapan dia, tapi saya nak tanya jugak, saya nak tahu jawapan Ms, kenapa saya tak boleh give up?"


...


Aku keep on berfikir, apa sebenarnya jawapan yang MsY bagi after aku tanya soalan tu?

Aku hilang ingatan ke?

Sebab aku langsung tak ingat jawapan dari terapis aku tu.


Sampailah aku teringat, 'She's a therapist, a professional one. Of course she's not giving me the exact answer. Of course she will just guide me to find the answer by myself.'


Dan kemudian baru aku terngiang salah satu persoalan yang MsY bagi, dan selalu jugak remind aku before this, "Berbaloi ke untuk awak give up sekarang? Ingat tak apa goal awak?"


To be honest, aku tak ingat any of my goals that time. Tapi she keep on hinting me, 

"Apa yang awak nak, waktu saya tanya awak, satu benda yang awak nak capai. Even waktu awak mula-mula datang sini, itu adalah satu-satunya benda yang awak nak capai."


That time baru aku teringat, Doktor Aisyah pun ada cakap hal yang sama. 

"Awak nak kami bantu dari segi apa?"

"My study."

"Itu je? Serius? Banyak ni yang saya nampak, yang kami boleh bantu."

"A'ah. Saya nak fokus study saya je dulu."


....


This shows, how much I really wanna achieve dalam pelajaran aku. And even waktu terapis aku tanya again and again, memang itu je jawapan aku.

Walaupun aku tahu dan aku nak teroka benda lain, dan ada masanya aku rasa macam, 'Kenapaa asyik discuss pasal study ni?'


Haha. Aku lupa, aku yang bagitahu diorang, itu adalah benda yang aku paling nak achieve. Dan benda itu jugaklah yang menjadi satu ketakutan yang paling besar dalam hidup aku, ceh. I mean, for this moment lah. Kahkah.


Aku ada je ketakutan lain yang muncul from moment to moment tapi ha, tu lah. Study adalah salah satu perkara yang menghambat aku dari move forward. Sebab aku rasa cam, aku takleh nak start cari kerja tetap selagi aku tak habis study tu.


Actually boleh je, tapi aku yang tanak, sebab aku takut nanti aku tak habiskan study. Hence, aku buat part time je. And rezeki, dapat mengajar anak-anak istimewa yang banyak mengajarkan aku tentang kehidupan jugak.

Yang buatkan aku rasa, kecintaan aku pada pelajaran, pada dunia ni sebenarnya terletak pada those people yang buatkan aku rasa dekat dengan mereka. Bukan hanya sekadar gaji besar, berbelanja mewah dan pangkat. 


Walaupun aku nak ada title 'Dr' atau 'Prof', tapi, aku dapat rasakan, betapa seronoknya mengajarkan mereka untuk mengenal ABC, mengeja, mengira, mewarna, dan hal-hal yang dapat membantu mereka untuk mengenal dunia. Untuk mempersiapkan mereka menghadapi tipu daya manusia. Haha. Well, hopefully mereka tak perlu lah hadap tipu daya dunia, but aku berharap untuk membantu mereka untuk menjadi seorang insan yang tabah dan sabar dalam kehidupan mereka.


I mean, jadi guru PPKI ni tak pernah ada dalam kamus hidup aku. I mean, aku rasa cam, weh siapa yang dapat bertahan jadi guru PPKI tu memang dahsyat ah.


Tapi rupanya, after aku dah 'mengenal' mereka, baru aku faham, bahawa mereka juga adalah manusia. Mereka juga layak untuk dinilai sebagai seorang insan yang, mungkin tak cukup normal kalau dibandingkan dengan orang lain, tapi mereka juga punyai emosi dan ingin disayangi, di ambil peduli.


Dan tak ramai yang sudi memandang mereka dengan penuh kasih.


Banyak yang hanya mengira mereka sebagai sebuah kesusahan, kepayahan dan juga, perkara yang pelik dan aneh. Padahal mereka jauh lebih struggle, asbab ingin menjadi seperti mereka yang 'normal'.


..


Maka, mungkin aku tak boleh give up lagi, sebab aku ada target yang aku nak capai, iaitu untuk melahirkan lebih banyak insan yang berguna di kemudian hari.


Dan syuhada, you will be a better teacher if you don't give up now. 

And same to you yang membaca ni.


Kau mungkin akan menjadi seorang insan yang lebih baik sekiranya kau dapat capai apa yang kau inginkan tu.


Atau, kalaupun kau tidak berjaya mencapainya, setidaknya kau telahpun berusaha sehabis baik.


Ya, kau dah berusaha. Dan Tuhan akan memberikan jawapannya sesuai dengan kemampuanmu.

Biiznillah.


Peluklah segala rasa sakit itu.

Peluklah segala kepedihan itu.


Kau pasti akan berjaya keluar dari kesulitan yang kau tengah hadap.

Sebab itu adalah janjiNya.

"Bersama setiap kesulitan itu, pasti ada kemudahan."


Anggaplah perkara yang kita struggle nak dapatkan tu seperti Baymax. Big, but cute and huggable. Heheh. Bye!


Comments

Popular Posts