"YA ALLAH, AKU SAKIT."

 Jam menunjukkan jarum hampir ke arah angka tujuh. Dia hanya memandang ke hadapan, sayu, sepi, kosong.


"Kau, kau tengah rasa apa ni?" Ai bertanya kepada sahabatnya, Nur. Mereka sedang menikmati angin petang di sebuah taman permainan, sambil memerhatikan kanak-kanak lelaki yang sedang bermain bola sepak. 


Kicauan burung menyapa hati Nur, namun tidak terasa keriangan tersebut. Ia seakan-akan berlagu kosong. Sekosong pandangan yang berada di hadapannya. Nur memandang ke arah kasut sukannya yang telah dikotori lumpur akibat bersukan di tengah padang yang agak basah.


"Ai, aku balik dulu ya?" Nur pantas bangkit dari kerusi batu yang mereka duduki, namun Ai sempat menyambar tangan Nur.


"Duduk dulu. Kau nak aku biarkan kau sorang-sorang dalam keadaan kau macam ni? Kau serius?" Ai memandang tepat ke mata Nur, sambil berkata dengan nada serius. Dia menggelengkan kepalanya.


Nur hanya memandang gelang di pergelangan tangannya. Tertulis perkataan 'You Are Enough' di gelang tersebut. Sebuah gelang yang dihadiahkannya kepada Ai, namun Ai memakaikan gelang itu di pergelangan tangannya setelah setahun ia menjadi milik Ai. Kini, gelang itu menjadi hak Nur semula. 


Butiran jernih perlahan keluar dari kelopak mata Nur. Belum sempat Nur berkata, Ai menarik tubuh Nur, memeluk tubuh yang tinggi itu. Meskipun beza umur mereka agak besar, namun tubuh kecil Ai terasa seperti memeluk seluruh rasa di sanubari Nur.


Selalunya, Nur yang lebih kuat berbanding Ai, kini Ai yang menguatkan Nur.

Betullah kata orang, sahabat itu tak perlu kepintaran yang tinggi. Cukup sebuah rasa yang memahami, meskipun tidak difahami sepenuhnya.


"Ai, aku rasa, aku dah tak kuat nak hadap semua ni." Nur memulakan perkataannya. Meskipun dia tahu Ai mungkin tidak mengerti pergolakan hatinya, namun dia cuba untuk mengizinkan Ai mendengar sedikit isi hatinya. 


"Nur, aku aku kita beza umur 10 tahun, dan mungkin aku tak cukup matang untuk faham masalah kau, tapi aku ada untuk kau. Aku sudi mendengar luahan kau walaupun aku tak faham, sekurangnya beban yang kau rasa tu, terangkat sikit." Suara Ai kedengaran matang meski hanya berumur 15 tahun. Jarang sekali gadis 15 tahun itu bersikap sedemikian matang. 

"Tapi kalau kau tak selesa nak kongsi dengan aku, apa kata kau kongsi dekat Allah? Kau selalu ingatkan aku hal yang sama, mungkin aku tak layak nak ingatkan kau tentang Tuhan, tapi, mana tahu, kau lupa?" Ai menyeringai, menunjukkan baris giginya yang tersusun. 


Nur tersenyum dengan gelagat Ai, lantas menggosok kepala gadis kecil itu.

"Baiklahh, terima kasihh Ai.. Terima kasih remind aku. Camtu, aku boleh balik dulu? Dah nak Maghrib ni. Kau pun nanti japgi kena panggil dengan mak kau, kena marah. Ha, padan muka tu nanti. Pastu nangis, pastu dah tak comel." Nur membalas mesra sambil tersengih.


"Ahh, orang baru nak sweet-sweet dengan dia. Dahh kena bebel. Baiklahh, kau pun balik nanti, leklok. Jangan buat hal pulak, nanti hilang bakal kakak ipar aku yang cantik ni." Ai melawak.

"Eh tiber, kau tu bila ada abang, ha?" Nur menarik telinga Ai, tertawa senang dengan telatah gadis kecil itu.


Sedang Nur bergelak tawa bersama Ai, dalam hatinya terbit sebuah rasa,

'Ya Allah, aku sakit..'




Comments

Popular Posts