TUJUAN . ?
Saya menulis posting kali ini dengan ditemani sebuah lagu, yang mungkin ramai dari kita tahu lagu ini;
Surat Cinta Untuk Starla.
Entah kenapa terasa seperti tertarik untuk memulakan penulisan kali ini dengan lagu tersebut, walhal, penulisan kali ini bukanlah tentang cinta manusiawi.
Dan sejujurnya, aku kembali tidak pasti tentang cinta, sama ada untuk tetap mempercayainya, atau, mungkin berputus asa dengan cinta?
Dan mungkin sebab itulah aku terasa seperti mendengar lagu ini, kerana pada awal lagu ini, terdapat kata-kata yang mengatakan, bukan aku seorang yang merasakan hal yang sama berkenaan cinta.
...
Apa pun, penulisan aku kali ini adalah untuk mengajak kita semua berfikir kembali, terutama buat mereka yang sedang merasa berduka, atau bahkan kecewa dalam kehidupan.
Bukan sekadar kerana putus cinta, boleh jadi kerana kehilangan kerjaya, berputus asa, bahkan, buat mereka yang merasa, 'hilang'.
Rasa kehilangan itu juga boleh wujud walaupun pada hakikatnya kita masih menjalani kehidupan seperti biasa.
Ia adalah sebuah rasa yang tidak asing buat kita yang bergelar manusia.
Dan mungkin juga kau pernah dengar, dan selalu dengar akan peringatan ini, termasuklah aku. Dan aku pernah merasa 'bosan' dengan peringatan tersebut. Kerana pada hakikatnya, aku merasa tidak layak untuk memberikan jawapan yang sepatutnya.
Well. Haha. Jawapan yang sepatutnya mungkin boleh menjadi pelbagai, tapi sebagai seseorang yang belajar agama secara tidak mendalam, aku tahu, hanya satu sahaja jawapan yang betul untuk soalan itu.
Agaknya, apa soalannya? Mungkin ada yang telah dapat meneka tanpa aku memberikan 'hint' yang banyak.
Iaitu,
"Apa tujuan hidup kita?"
..
Aku pernah dan seringkali diingatkan dengan soalan itu pada suatu masa dahulu. Setiap kali aku merasa seperti berputus asa, mereka yang berada di sekeliling pasti akan mengingatkan aku dengan persoalan itu.
Ironi, kan?
Sehingga aku seakannya rebel dengan perkara yang terlalu Islamik tu.
Haha.
Mungkin bagi sesetengah orang, mereka akan bersyukur apabila diingatkan dengan soalan sedemikian, namun setelah sekian lama, aku seakannya 'benci' dengan persoalan tersebut.
"Dah takde soalan lain ke?!"
Mahu je aku jerit sedemikian rupa ketika sahabat itu cuba untuk mengingatkan aku.
Haha, maaf ya.
Bukan kau yang salah, tapi aku.
Aku yang terlalu sakit sehingga soalan sedemikian terasa seperti seolah-olah menyiat ketenangan jiwaku.
Terlalu sakit dengan hakikat bahawa aku mungkin sedang 'jauh' dari Dia. Walaupun setiap masa aku cuba dan cuba untuk mencari semula cinta itu.
Bahkan sehingga aku berani untuk berdoa,
"Ya Allah, berikan aku rasa kecewa seandainya itu yang dapat mendekatkan aku kembali kepadaMu."
Dan aku tahu apa yang Dia 'hantar' kepadaku, tapi aku seolah-olah ingin terus merasa kecewa, membiarkan diriku tenggelam dalam kegelapan walaupun aku tidak pernah 'terjun' ke dalam lembah kekecewaan yang sedemikian rupa.
Ia sebuah rasa kecewa yang tidak terasa.
Sebuah rasa yang membuatkan aku semakin banyak tertanya-tanya.
Sebuah rasa yang, entah. Kadang terasa seperti wujud dan kadang terasa sebagai,
'Apakah rasa ini?'
'Kenapa aku merasakan sebegini rupa?'
'Ini sepertinya bukan diriku yang aku kenal, kenapa aku ...??'
....
Ya, ia sebuah rasa yang sangat, pelik? Sebuah rasa yang aku tidak tahu kenapa ia wujud sebegitu dalam yang kadangkala terasa seperti terlalu jauh untuk aku capai.
Ia sebuah rasa ketidakpastian yang terlalu amat mendalam. Yang akhirnya membuatkan aku kembali kepada persoalan itu.
"Apa sebenarnya tujuan hidup kau, Syuhada?"
...
Sejujurnya, hanya satu sahaja jawapan yang benar-benar menjawab persoalan itu (bagi aku lah - kalau korang ada jawapan lain, boleh komen, maybe boleh buat aku berfikir kembali tentang kehidupan ni haha).
Anyway, let me just finish this posting dengan satu dalil dari Quran;
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku."
[51:56]
Comments
Post a Comment