GUNUNG PERTAMAKU - GUNUNG NUANG VIA PANGSUN

 The starter of how aku boleh naik gunung ni actually sebab ada member ajak aku naik Rinjani. Sebelum ni aku punya hiking setakat bukit jelah. Dan tak pernah ada proper alat untuk hiking, kecuali headlamp yang aku beli time nak naik Gunung Kerunai tapi my friend sakit so aku teman dia kat campsite.


Then aku rasa aku patut 'test power' dulu kat gunung di Malaysia ni sebab naik Rinjani tu untuk dua tiga hari kot, plus banyak perlu berjalan aka hikingnya. Jadi aku pun nampak ada open trip Nuang via Pangsun. Ohya, aku time tu tengah belajar swimming and then frequent exercise jugaklah. Jogging semua tu. So bila aku tanya penganjur aka gogo trip tu, dia cakap dia boleh bagi aku and kawan aku ni chance untuk naik. Kawan aku ni main badminton so kira kami aktif sukan lah time tu haha.


Then aku pun buatlah persiapan, baca pasal naik Nuang via Pangsun and all. Dan aku tau lah trek Nuang tu boleh tahan gila jugak hahaha so aku tak target untuk sampai puncak pun time tu. Aku just nak have fun je and nak buat persiapan mental untuk naik Rinjani tu.


So kami punya planning untuk naik gunung Nuang tu waktu pagi, which is dalam 4 pagi tak silap. Jadi aku pun cari la campsite nearby, usha punya usha dekat Google Maps tu nampak AG Manggis cottage which is dekat je dengan trailhead tu so aku pun book campsite tu. And yes aku suggest la kat korang untuk book situ kalau nak naik Nuang, sebab owner dia baik, and pernah jadi hiker jugak, haha. Pastu Abg AG tu pun cakap before Covid memang orang selalu tidur sana before naik Nuang, cuma lepas PKP takde dah and aku first customer dia yang naik Nuang tu haha. So yeah, sila book sana sebab best, ada sungai, ada cafe, ada cabin.


Ok enough tentang before, kita go to sewaktu hiking pulak.

As usual, sebelum naik gunung akan ada baca doa and then peringatan semua tu. Time tu aku bawak mestin tau. Tapi aku rasa aku malas nak bawak sebab berat. So aku tinggalkan kat motor. Time aku pergi tinggalkan mestin tu, Along (sekarang dah arwah, doakan beliau), sweeper tunggu aku simpan barang kat motor then yang lain semua dah start naik including my friend. So aku jalan steady jela dengan along. Borak borak. Awal tu jalan balak punya, tak ingat dah berapa km tapi jauh jugaklah haha. Pastu my attire time tu pakai windbreaker, aku dah start panas so aku pun cakap kat Along, jap nak tanggal windbreaker.


Along pun senyum je then cakap, "Saya nak cakap dah sebenarnya tapi saya biar je. Tunggu awak sendiri rasa." Hahah. So yeah, first thing yang aku belajar kat situ adalah pemilihan pakaian. Nasib baik pakai baju lengan pendek with inner kat dalam. So for me selesa lah. Inner pulak Decathlon punya (nah link kalau nak), so dah selesa lah kat situ. And then aku pinjam hiking pole dari member sebab aku rasa cam aku takde la nak guna selalu benda tu haha (tapi now aku dah faham kepentingan ada pole tu so aku dah beli, juga from Decathlon). 


Lepas tak lama tu aku nampak member aku kat depan, sorang-sorang. Dia cakap team laju sangat, tak ter follow so tunggu kami. And yes, memang laju gila yang lain tu. Waktu kami baru sampai Kem Lolo, diorang dah siap hampir nak gerak dah haha. 


So kami dengan Along, rileks-rileks je. Along tunjukkan arah kiblat, then solat Subuh kat Kem Lolo tu. Situ ada sungai, bestt. Selalunya orang camping pun area situ. Air dia sejuk giler okeii. Aku ingat nak ajak Along pergi cari air terjun kat situ next time, tapi tak sempat. Allah dah ajak Along dulu. Sedih. Arwah Along sangat baik ya. Banyak beliau bantu kami. And disebabkan beliau tahu itu first time kami with Nuang, dia try his best untuk hiburkan kami then nak bawak kami sampai ke puncak which aku tak plan untuk jejak pun haha. Tapi awal-awal dia tanya kami la, ok ke kalau kami keluar dari Nuang tu jam 12 tengah malam? Kami cakap ok. HAHAHA.


So, jalan punya jalan, untuk ke Kem Pacat tu Masyaallah jauh ye. Ada beberapa orang jugakla dah give up. And ada terjumpa jugak this one girl dari our group, dia sorang-sorang. Terlepas agaknya sebab yang lain laju giler. So dia ikut kami tapi dia kena sengat tebuan kot. Along suruh letak tanah then kami tolong that girl, and so on. 


Time tu aku dah rasa beban giler ya barang yang dibawa tu. Mostly air, and snacks, and ada jugak few other things like powerbank, sunscreen semua tu. Aku dah siap tuang and buang air tu. Sebab wehhh, setiap gram terasa berat ya. So Along cakap, nanti Kem Pacat, tinggalkan barang kat situ. Bawa yang penting je. And lepas tinggalkan barang tu memang rasa lega giler lah. 


So, yeah. The next thing yang aku belajar adalah jangan over-bring things waktu hiking. Haa. Tapi tu lah. Disebabkan aku punya tak tahan waktu awal tu, aku dah buang sebotol air (bekas air tu bawak) yang pada hujungnya aku tak cukup air HAHAHA ( nanti aku ceritakan bila tiba masanya). Ini adalah kesilapan yang korang jangan buat ya.


Kalau perjalanan dari starting point ke Kem Lolo tu terasa panjang, ha dari Kem Lolo nak gi Kem Pacat tu lagi lah mencabar ya. Aku tak boleh nak share berapa KM tu sebab dah lupa, aku naik Nuang tu tahun lepas. And then waktu tu the girl yang kami jumpa tengah jalan tu cramp. Dia dah tak boleh teruskan. So Along akhirnya decide untuk let that girl patah balik. Time dah dekat Kem Pengasih rasanya. Waktu area pacak. Pacak dia tak lama pun. Tapi boleh tahan lah. Sempatlah stop dua tiga kali time pacak tu haha. 

Walaupun penat, Along cakap, yang penting senyum.

                                                        

So Along dia macam sedih sikit la nak lepaskan that girl tapi that was the best decision to be done sebab kalau tak, entah bila lah kami akan keluar dari Nuang tu. So pengajaran yang kita boleh belajar kat situ, jangan paksa diri untuk follow team laju, sebab banyak benda tak best boleh berlaku. Salah satunya, cramp tu la. Kalau dia follow kami dari awal, mungkin dia boleh sampai puncak sama-sama. Tapi, it's fine. Lesson learnt. Dan aku belajar jugak, walaupun mungkin kita rasa macam kita boleh laju, tapi kalau it takes a lot of energy untuk buat tu, just buat je slowly.


Hiking gunung ni about endurance. Ketahanan. Sebab jauh lagi perjalanan tu. Walaupun aku tak expect perjalanan dia akan jadi sangatlah jauh berbanding hike aku sebelum ni which is bukit haha. Nak nak lagi Nuang via Pangsun. Gila kau, trek hardcore kot. HAHAHA.


Tapi rasa penat tu hilang time dekat Kem Pengasih. Sebab, rasa macam dekat dunia lain tau. Dengan kabusnya, pastu ada banyak sangat lumut. Memang area tu Mossy Forest la. CANTIK GILA!!!!! Omaigod. Like, wow?!! I can still remember how kami sangat mesmerized dengan surrounding time tu. Bayangkan kau tengah mentally and physically penat, then disajikan dengan pemandangan yang memukau tu. Fuh!

Masih lagi tersenyum, untuk gambar. HAHA. Along cakap kami boleh teruskan perjalanan ke puncak tu selagi kami masih boleh senyum. 
Alam yang cantik <3

 

Tapi kecantikan tu tak lama lah. Perjalanan harus diteruskan. Dengan berhati-hati. Haha. So after Kem Pengasih tu dah tak jauh lah dari tangga kejayaan. Dah tak jauh sangat untuk sampai ke puncak Nuang. And yeah, we did it, guys! Tak sangka, berhasil. 

Dekat puncak Nuang
Also Puncak Nuang. Area ni kecik je. Kalau orang tanya ada apa kat puncak, memang takde pape. Tapi ada pengalaman yang mahal yang tak boleh dibeli dengan duit.

  

Then.....blablabla.. makan, rest sikit, turun. Waktu turun tu, cam biasalah. Entah bila la akan sampai and penyesalan-penyesalan like, apa la yang aku buat ni..? HAHAHA. 


Time turun tu member dah mentally tortured dah. Dia kurang sikit fitness berbanding me time tu, aku time turun jenis laju sikit plus nak kejar untuk solat dekat Kem Lolo, then kebetulan ada few person yang kami jumpa time turun tu so Along dah laju turun ke depan, aku pun ikut melaju while kawan aku tu dengan yang lain-lain tu. Aku terpaksa tinggalkan dia time tu sebab dia takleh solat so time tu dah gelap. Dah nak Maghrib while aku tak solat Zohor Asar lagi. 

OTW turun. Penat melangkah, kita bergambar jap.

Tau tak betapa happy nya aku dengar bunyi air sungai tu. So aku sempatlah solat jamak sebelum gelap tu then dah gelap, aku terus jamak Maghrib Isyak. Weh, nak solat tu tak larat ye. HAHAHA. Aku solat normal separuh, then lagi separuh aku solat sambil duduk je. Bayangkanlah betapa penatnya mental fizikal time tu. Tapi aku bersyukurla boleh solat, sebab solat tu rasa cam rehat yang best la time tu. Nikmat solat tu terasa ya. Pastu tunggu punya tunggu, aku ingatkan tak jauh tau member tu. Sebab masa aku tinggalkan diorang tu time dah nak dekat jugaklah, kiranya waktu dah dengar bunyi air tu. Tapi sampai dah gelap diorang belum sampai. Tapi kitorang tunggu jela sebab member Along jugak yang temankan my friend tu. So takdela risau sangat. 


Ohya, masa kami otw turun tu pun kami dah guna natural toilet di Nuang tu hhahaha. Minum air banyak, penat, kena buang jugak lebihan air tu. Nasib baik masa tu baru belajar semula bab thaharah iaitu bersuci. So yakinlah bila nak kena solat tu. Lepas buang air, tak boleh terus guna tisu basah. Kena guna tisu kering or benda kesat dulu. Lepas tu baru boleh guna air. Almaklumlah, air tak banyak. Masa tu jugaklah air habis. 


Jadi hiking ni bukan sekadar kita belajar jadi manusia, tapi jugak mengajar untuk kita jadi muslim yang baik. Sebab, ada je orang tak solat time hiking, so yeah. Please solat even tengah hiking for muslims. 


So, bila dah gelap tu la baru nampak headlamp dari diorang, rupanya member tu dah menangis dah sebab tortured mentally. Tu yang diorang lambat. Aku minta maaf jela tapi aku memang bersyukur jugak sebab at least aku sempat solat. Aku kejar solat tu je. Haha. Nak solat waktu on trek tu takleh sebab nak kena amek wuduk tapi air dah takde. Lagipun takde tempat sesuai untuk solat jugak. Also dekat sungai tu jugaklah aku refill air dalam botol. And member Along tu bagi serbuk extrajoss, jadilah buat sumber tenaga sebab 100 plus pun dah habis. Nikmat ya, minum air sungai sejuk tu. So kat sini aku belajar untuk kena ada serbuk air camtu untuk sumber tenaga kalau air untuk tenaga kita dah habis. Memang ada masa kena minum air kosong, tapi ada jugak ketika yang kita memang kena consume minuman berperisa untuk tambah tenaga, sebab mineral dah tak bagi kita extra tenaga dah haha.


Then malam tu ada hikers yang camping kat Kem Lolo tu, diorang bagi kami air kopi panas weh. AKU TAK MINUM KOPI TAU! TAPI ITU ADALAH AIR TERNIKMAT YANG AKU MINUM DALAM HIDUP AKU!!! HAHAHAH.


Ha, nampak tak betapa gila tak gila trek Nuang via Pangsun tu? Hahhaha. And then diorang ajak untuk call the night off, kiranya tidur situ malam tu tapi member aku kena balik sebab takut family risau. Dalam tu takde line nak inform. Kami patutnya habis hiking waktu masih siang. Teammates yang lain tu dah lama sampai bawah, around Zohor gitu dah setel. So kami pun teruskanlah perjalanan.. Perjalanan yang masih panjang..


Oh ya, masa ni kan dah gelap, nasib baik aku punya headlamp tu beli yang jenis guna bateri. My friend punya jenis cas, dah mati waktu otw turun tu. Aku punya alhamdulillah masih boleh guna dengan baik. Guna bateri beli kat DIY, function gila weh bateri tu. Hahah. So yeah, korang beli la yang jenis bateri punya. Kalau habis bateri boleh tukar je bateri tu. So bawak extra battery and masalah tu akan setel. Disebabkan member tu punya yang cas, memang takdelah nak cas sambil jalan tu. Semua dah tahpape, penat giler haha. Along pinjamkan headlamp dia kat kawan aku, dia tak pakai headlamp sebab headlamp extra dia apa tah jadi tak ingat tapi takde lah time tu.

So, next lesson adalah to be prepared lah kot. Like, memang tak expect akan guna headlamp again tapi disebabkan terlambat keluar tu terpaksa lah guna. Orang lain dah siap baring atas katil, kami masih belum habis berpetualang :D

Actually kami doa jugakla semoga lah ada orang asli boleh bawak kami naik motor je ke, HAHAHA. We pray for miracle but the miracle is, kami berjaya jugak habiskan hiking tu, tepat jam 12 tengah malam sampai dekat starting point. And Along bawak kami makan, dia nak belanja tapi my friend insisted untuk bayar sebab dia rasa bersalah, order banyak tapi tak habis HAHAHA. And then Along tolong carikan tempat tidur and mandi untuk malam tu, nikmat ya mandi air sejuk sejuk dari sungai tu. Aku mandi boleh tahan lama and actually aku ada cedera jugak sebab salah pemakaian seluar, tapi aku diam je. Diorang perasan lah aku berjalan tak betul tapi aku tak cakap due to sakit HAHAHA. Jangan pakai seluar ketat. Or terlalu longgar. Pakailah yang selesa. 


So aku sangat enjoy mandi air sejuk, then malam tu kami tidur dalam kereta kawan sebab sejuk sangat. Aku dah tak mampu jugak nak biarkan badan aku bekerja lagi untuk kekalkan suhu badan. Pastu Subuh tu member aku dah kena gerak balik, then aku sambung tidur dekat AG Manggis tu. Aku wasap owner cakap nak tumpang tidur kat surau dia sebab tak larat lagi nak sambung perjalanan haha. Nasib baik dalam beg ada bawak selimut emergency tu so functionlah untuk retain haba and tidur dengan selesa. Then Abg AG belanja air coklat dengan biskut, aku tumpang cas fon, lepak dengan diorang sampai tengah hari, pastu balik.


Abg AG tanya, menyesal tak? Aku gelak. Aku cakap, boleh naik lagi. Best. Dia cakap aku gila. HAHAHAHAHA. I mean, dia satu pengalaman lah untuk aku. Tanpa Along, aku rasa aku takkan sampai puncak Nuang tu. Thank you, Along. Semoga Along bahagia di sana. Rest well. He's done his part in this world. One day, kita pun akan menyusul. :')


Reels di My Instagram tentang hiking Nuang

With Along and my friend. We made it. 
Masih newbie, tak sedar lagi masa ni betapa mahalnya 'harga' untuk bergambar kat sini dan betapa bangganya saya sepatutnya time ni HAHAHAH

 



















Comments

Popular Posts