Merdekakah Kita?


Malam tadi kami ada satu diskusi berkenaan merdeka. Almaklumlah, bulan Ogos di Malaysia adalah bulan kemerdekaan.

Persoalannya, merdekakah kita?

Adakah kita mentally merdeka? Atau masih dijajah dengan pengaruh dari Barat mahupun media sosial?

Itu adalah salah satu aspek yang kita boleh fikirkan.

Atau kita masih lagi sebenarnya menjadi hamba? Kalau hamba kepada Allah, itu semestinyalah. Tapi macam mana pula dengan hamba kepada teknologi? Hamba kepada arus modenisasi?

Pernah dengar perkataan F.O.M.O.?

Fear Of Missing Out.

Merdeka adalah sebuah rasa kebebasan, dan semestinya bukan rasa takut. Kalau takut berbuat kejahatan, itu baguslah. Tapi takut ketinggalan dalam mencuba hal-hal viral, bagaimana pula?

Sejujurnya, seseorang yang mempunyai nilai jati diri yang baik itu tidak akan mudah terpengaruh dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Tetapi sekiranya kita terlalu banyak meluangkan masa dengan perkara sedemikian, sebenarnya sedikit sebanyak membuka ruang dan peluang kepada diri kita untuk terdedah kepada bahaya tersebut.

Saya bagi satu contoh ringkas yang berlaku pada diri saya. Saya kurang berminat dengan satu produk ni. Dan untuk sale 8.8 ni memang tiada plan untuk beli apa-apa pun. Sebenarnya dah lama jugak tak terlibat dalam sale sedemikian. Cuma kalau terasa perlu beli sesuatu, then saya akan beli bila tengok ada voucher and so on.

Saya bukak Twitter. Nampak few tweets mention tentang produk tu. Banyak kali till buat saya rasa curious dengan produk tu. Jadi saya usha produk tu di Shopee. Akhirnya add to cart. Tapi sebelum bayar, muncul thoughts yang mana mengatakan ‘I don’t need this thing.’

Dua tiga kali berfikir ya. Haha. And saya almost je beli sesuatu yang saya tak perlukan pun pada awalnya, just because I saw people promote the things repeatedly, membuatkan saya eager to try that too sedangkan I can survive without it.

So, yeah. Kita memang kena sentiasa berhati-hati dalam tindakan kita. Terutama bila melibatkan sesuatu yang didorong oleh rasa ‘Joy’.

So, I think this is all for now. Take care and have a good one. Happy independence month :)

Comments

Popular Posts