You Are Allowed To Give Up, but..

 Morning! It is 6am in the morning, and here I am, blogging after a loooonnggggg time hiatus. Just because I had something to write. 



Okay I akan sambung tulis in Malay language ya.


Jadi, tentang berputus asa. Sebenarnya, yes, kita boleh berputus asa, tapi bukan dalam semua hal. Terutama dalam rahmat Allah. 


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Surah az-Zumar, ayat 53.

Tetapi untuk urusan dunia, yes, diperbolehkan, dengan syarat, kau dah berusaha 110%, bukan 60%, 70%, 100%, tetapi 110%. Bermakna kau dah berusaha sehabis baik, segala yang kau mampu buat, dan kemudian kau serahkan urusan tu bulat-bulat kepada Allah SWT. Dengan izinNya, Dia pasti akan bantu kau. 


Personally, saya sendiri pernah berada dalam situasi yang saya dah berusaha sehabis baik, tapi masih tiada progress yang baik yang saya harapkan. Dan akhirnya saya berputus asa. Give up. Dan kemudian Dia datangkan pertolongan dari sisi yang saya tak pernah terfikir. Yang bukan saya harapkan tapi sebenarnya lebih baik. 


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Surah al-Baqarah, ayat 216.

Sebenarnya, nak cakap lebih baik tu, mungkin pada ketika Dia 'hulurkan' bantuan tu, kita rasa macam, 'Ni bukan yang aku nak', tapi tetaplah bersyukur. Sebab kita takkan pernah tahu kalau benda yang kita nak tu baik untuk kita ataupun tidak.

Dan saya pernah juga berada dalam situasi yang saya harapkan sesuatu dari manusia, saya bagitahu, beberapa kali, tapi masih tiada perubahan. Dan waktu kali terakhir, saya dah tiada harapan untuk hal tersebut, langsung tak terfikir untuk minta, kemudian dia tanya, "How can we help you?" dan waktu tu jawapan saya adalah, "Saya tak tahu." To be honest, memang tak tahu. I'm at my lowest. Kemudian saya diberi pilihan dan salah satu pilihan tu adalah apa yang saya pernah minta sebelum ini. Tapi saya tak memilih yang tu. 


Sebab waktu tu target saya bukan lagi yang tu. Dan waktu diberi pilihan tu, tak teringat pun tentang apa yang saya pernah harapkan sebelum ini. Tapi kemudian, baru terfikir dan mungkin sebenarnya apa yang saya pernah minta tu bukan yang terbaik untuk saya. Dia tahu dan Dia bantu saya. 


Cop!! Haha. sebenarnya ni bukan isi yang I nak tulis tapi hmmm dah terlanjur tulis gini so takpelah. Post jelah kbye give up jap HAHAHA

Comments

Popular Posts