MUDAHNYA HIDUP ANDAI HANYA PERLU BERKATA-KATA TANPA BERBUAT

 Aku baru lepas baca posting lama, tentang tajdid niat aka memperbaharui niat.


And I was like,

'OMG? Is that really the little me, write all of those things? Like, OMG! SO VERY MG!'

Hahaha. Aku terpaksa peluk diri sendiri buat seketika untuk menenangkan diri. Dan aku rasa seakan-akan nak delete posting tu, sebab aku rasa kata-kata tu terlalu keras. 


I mean, waktu tu, aku ter-sangat-lah keras terhadap diri sendiri apatah lagi orang sekeliling. Dan aku minta maaf untuk itu.


Ya, memang ada benarnya kata-kata tersebut, tetapi aku yang lebih matang ni, merasakan seperti, 'Hey, bertenang. Rileks.' Haha.


Sebenarnya aku memang tengah belajar untuk lebih bertenang dalam kehidupan aku ni.

So mungkin, mungkin orang yang memerlukan kekerasan, boleh terkesan dengan posting tu. But this soft-part-of-me yang tengah belajar untuk be gentle with myself ni, aku rasa macam,

'Ewah kau, sedapnya berkata-kata.. Haaa buatlah, buktikan.'


Kah!


Tapi sebenarnya, memang ada betulnya.


Kita perlu sentiasa mengingatkan diri,

"Untuk apa aku buat benda ni?"


Dan tujuan utama yang paling manisnya adalah sekiranya kita meletakkan Dia sebagai tujuan utama. Bukan hanya dunia semata. Tetapi untuk meraih reda-Nya.


Nampak macam mudah je kan untuk kita sebut, cakap dan sebagainya. Tapi aku tau, aku tau sangattt, memang tak mudah.


Tapi kadang kala, ketika bahu terasa berat, kaki seakan ingin berhenti melangkah, nafsu seakan tidak wujud, ataupun mungkin membuak-buak, mungkin kita boleh cuba ambil satu jeda. Take a pause bak kata omputehs. Dan cuba tanya balik, 


'Kenapa aku kena teruskan dengan benda ni?'

Atau, 

'Kenapa aku perlu hentikan benda ni?'


Dan sekiranya tiada jawapan yang muncul, cuba ambil jawapan yang mudah. Buat je, atau berhenti je, sebab Dia. Sebab nak cuba untuk cari reda Dia.


Heh.


Ni kalau kau dah mati rasa atau dah mati kutu. Haha. Mana tau, dapat markah, pahala sebab sekurangnya kau buat demi Dia. Walaupun hati tu masih terasa berat tapi boleh je kita cuba untuk mencari reda-Nya.


..


Aku nak share satu benda yang terapis aku ajar,

Sebelum buat sesuatu, yang mungkin kalau kita dikawal oleh emosi atau tiada emosi langsung yang mengawal kita, fikirkan 'traffic light'.

Lampu merah, kuning atau hijau.


Adakah perbuatan kita tu memerlukan kita untuk berhenti, bersedia mahupun, boleh je terus 'melangkah'?


Terutama ketika merasa keliru dalam sesuatu.


Allah ajarkan untuk kita buat solat istikharah, kan?


Ha, tu pun boleh.


Ia juga mengajar kita untuk 'take a pause' sebenarnya.


Ya, Islam dah mengajarkan kita perkara ini.


Tunggu kita je nak buat atau abaikan.


Adios!


Kekadang aku pun main taramm je, kahkah. But this is a process, okey? It's a learning process. 
<3


Comments

Popular Posts