:)

 Saya menatap lama papan kekunci. 

Entah apa yang dirasai, saya juga tidak tahu. 


Kosong.


Seperti memandang garis biru di ufuk langit ketika mentari memancar di pelusuk lautan.


Tiada siapa yang begitu 'gila' ingin menghayati laut dikala matahari rembang. 


Ah, itu hanyalah khalayan semata. 

Indah pada pandangan, tetapi menusuk pada kulit. 

Dan sejujurnya, saya tiada apa yang ingin dikhabari pada saat ini. Namun, mungkin kata-kata ini cukup menunjukkan apa yang sebenarnya di hati.


Saya merasa kosong.

Tidak pasti apa yang ingin dikejar lagi di dunia ini.


Mengejar itu penat, bahkan tidak berbaloi andai ia tidak mendatangkan kegembiraan di hati.


Dan saya juga sedang mengambil masa untuk tidak lagi berkongsi secara terbuka tentang apa yang berlaku dalam hidup saya di media sosial. 


Saya cuba untuk hidup sekadar ada.

Menghabiskan masa dengan membaca, menulis dan membaca lagi. 


.

Sebenarnya ada satu berita yang saya ingin kongsikan kepada semua. Tetapi saya tidak tahu siapa pembaca blog saya, dan adakah berita ini akan menjadi berita gembira atau hanya sekadar pemberitahuan. Tapi, saya rasa saya akan beritahu sahaja.


.

Saya sedang dalam fasa untuk berhenti daripada mengambil ubat-ubatan preskripsi doktor. Tetapi ia adalah secara perlahan-lahan. 


Doakan saya baik-baik sahaja. 



Comments

Popular Posts