JATUH - LAGI (?)

 Pernah jatuh?


Mesti sakit, kan?

Paling tidak pun, malu.


Dan kita akan cuba untuk lebih berhati-hati agar tidak akan terjatuh lagi, ditempat yang sama, kan?


Tapi macam mana kalau suatu saat kita terleka dan terjatuh lagi?


Marah?

Kecewa?

Malu kuasa dua?


...


Kebiasaannya, tidak ada orang yang terlepas daripada jatuh buat kali yang seterusnya di tempat yang sama. Mungkin kita merasakan lubang itu telahpun dibaiki dengan sempurna, namun hakikatnya, kita hanya menutup permukaan, tanpa kita sedar ianya belum lagi kukuh.


..

Jadi, apa kita kena buat?

1. Jangan lalu jalan yang sama.

2. Jika itu satu-satunya jalan yang ada, belajarlah untuk membaiki lubang tersebut.

3. Jika masih terjatuh, lagi dan lagi, bangkitlah untuk kesekian kalinya. Dan jangan hanya bangun dan terus berlalu, seolah-olah tidak pernah terjatuh. Tetapi belajarlah dari 'lubang' itu bagaimana cara terbaik untuk menanganinya.


..


Mungkin, suatu saat kita akan merasa penat, gelisah, kecewa dan berharap diri tidak sebodoh itu, untuk terus jatuh dan jatuh lagi.

Tetapi ketahuilah, kita punya Pencipta yang sudi membantu, meski apa sahaja yang kita perlukan.

Tinggal minta dan doa je. Kemudian usaha.

Jika itu yang terbaik buatmu, maka pasti ia akan menjadi milikmu. :)


Yang belum sempurna,

MQ

Comments

Popular Posts