DETACHMENT - PEMISAHAN

 Hello again, people!


Sebelum saya buka laptop untuk kali ini, saya terpanggil untuk menulis berkenaan detachment - memandangkan itu adalah salah satu perkara yang kami bincangkan sewaktu lepak. Masa on laptop, tiba-tiba kena reset password dan password yang dimasukkan tu dikatakan sebagai salah. 


Saya dah masukkan setiap kata laluan tu dengan sangat berhati-hati tetapi tetap salah, kemudian saya cuba login akaun lain. Kebetulan haritu saja try setup satu lagi akaun di laptop. Akaun tu dapat login, tapi akaun admin (utama) tak dapat. Saya restart, cuba lagi dan kalini cuba untuk bertenang juga dan setelah percubaan keempat atau kelima, berjaya ubah kata laluan. 


Lega. 


Mesti ada yang pernah rasa cemas untuk hal-hal yang terasa bukan di bawah kawalan kita, kan? Meskipun memasukkan kata laluan itu secara teknikalnya adalah di bawah kawalan kita, tetapi bukan saya yang memilih untuk menukarnya, tetapi sistem komputer riba ini sendiri.


Mungkin diwaktu genting setelah mencuba berkali-kali, dengan perasaan risau dan skeptikal terhadap diri sendiri kerana telah yakin memasukkan kata laluan yang betul namun sistem tetap mengatakan ianya salah, ada orang mungkin akan berputus asa. Atau risau berlebihan dan mula mencari solusi pelbagai seperti Google, ChatGPT dan sebagainya. Bahkan ada sahabat saya juga pernah mengalami kesukaran membina sesuatu yang kelihatan mudah, beliau mencadangkan untuk cari video di Tiktok untuk mencari solusi.


Kedengaran seperti mudah, tidak perlu menggunakan akal fikiran, hanya perlu taip dan skrol, tetapi bagi saya, ia kedengaran lebih memenatkan -- perlu bazirkan masa untuk mencari solusi yang paling tepat bagi masalah kami, berdasarkan pengalaman orang lain. Yang mana bagi saya, itu lebih memenatkan mental berbanding mencari sendiri solusi yang bersesuaian, menggunakan kemahiran yang kita ada. 


Jadi, apa perkaitan cerita tersebut dengan tajuk kita hari ini?


'Detachment' atau pemisahan itu adalah hal yang tidak akan lari jauh daripada keperluan kita sebagai manusia. 


........bersambung

Comments

Popular Posts