BAHAGIA?

 "Macam mana nak gembira?"


Ada waktu kita dilanda musibah, dirundung masalah, atau mungkin, mulai memikirkan hal-hal yang belum kita berjaya perolehi.


Waktu itu, kita mula merasa sesak. Awan kelam menyelubungi minda. Seolah-olah, tiada apa yang baik berlaku kepada kita.


Pernah rasa sedemikian?

Rasa seperti semoga esok tidak muncul buat kita.

Penat, melayan mahupun melawan sirna dan kelam dalam kehidupan.


.

Saya hanya ada satu perkara sahaja yang ingin anda ingati pada waktu-waktu sedemikian;


"Mulailah dengan memerhatikan hal-hal kecil dalam kehidupan kita. Kejayaan-kejayaan kecil, meskipun hanya sekadar masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Bererti, sinar itu masih ada. Tuhan masih memberikan kita peluang untuk taubat dan mensyukuri hal-hal yang mungkin selama ini kita terlupa, terleka, atau terlepas pandang."


"Tapi, saya rasa hidup ni seolah-olah dah tak ada nilainya. Saya dah penat hadap benda yang sama saban hari, saya dah tak mampu nak berfikiran positif lagi." 


Jika itu yang berlaku kepada anda, ingatlah kata-kata ini, "Tak apa. Kadang kita diuji, kadang ianya terlalu menyakitkan, kadang, kita rasa seolah-olah dah tak ada apa yang tinggal untuk diri kita kat dunia ni. Tapi satu je yang kita perlu tetap sematkan dalam hati -- Tuhan tahu apa yang sedang kita alami. Jadi, tetaplah bersangka baik padaNya.


Tuhan itukan menurut sangkaan hambaNya?"





Comments

Popular Posts