IN LOVE

Well. Random title. Just because I'm feeling sleepy right now and was waiting for my affogato. And yeap I'm sitting at my fav table, with the fav view -- actually there's nothing much on the view but I just love to be able to look at the surrounding - plus I don't have to interact with other people - just me, watching outside by the window -- what a great spot, ain't it?


So, ..


Sebenarnya, apa yang saya tulis kat atas tu adalah penulisan saya semalam. 

Saya tak sempat habiskan penulisan semalam sebab nak kena handle live session dekat Tiktok. 

Tak lama lepas saya tulis tu, affogato saya sampai. Selalunya, saya akan tuang je terus espresso tu ke dalam aiskrim tapi last night I rasa macam nak try aiskrim tu dulu, sebab I tak pernah try makan aiskrim tu tanpa espresso.


Alang-alang aiskrim semalam nampak banyak, jadi saya try makan aiskrim dulu tanpa espresso. Dan ternyata, aiskrim tu agak sedap. Tapi terasa agak manis tanpa espresso. Dan espresso sahaja tanpa aiskrim, urgh. Pahit ya!


Haha. 


Jadi benda tu buatkan saya terfikir.


Tak semua yang manis itu best dan tak semua yang pahit itu tak best.


Tapi gabungan dua tu, mantap!

Kadang, bila kita makan benda manis, kita akan tercari-cari sesuatu untuk legakan tekak.

Begitu juga dengan benda-benda lain -- rasanya lebih harmoni apabila disatukan. 


.


Allah menciptakan kehidupan ini secara berpasang-pasangan.

Malam pasangannya siang.

Lelaki, pasangannya perempuan.

Awak, pasangannya saya.

Eh.


HAHAHA! JK.


Even malam yang tanpa kehadiran matahari, tetap Allah hadirkan bulan dan bintang untuk melengkapi malam. Dan untuk kesukaran dalam kehidupan, tetap Allah janjikan kemudahan bersamanya.


Dan semua ni buatkan saya seolah-olah merasa jatuh cinta.

Jatuh cinta pada kesempurnaan ciptaan Tuhan yang dikatakan tidak sempurna pada satu-satu hal.


Maksud saya, kita yang manusia ni pun meski Tuhan mengatakannya sebagai ciptaanNya yang terbaik, tetap kita ada kekurangan yang hanya boleh dilengkapi dengan adanya Dia.


Haha macam complicated je penulisan kalini. Entahla. Apapun, saya nak mengajak kita semua untuk bersyukur seadanya, meski pada saat ini kita sedang diuji dengan dahsyat, tetapi suka untuk saya ingatkan, Dia sentiasa ada untuk kita, lebih dekat dari urat leher kita <3

Comments

Popular Posts