KISAH BOUNDARIES.
So, saya sedang on my last week dekat this school. And I promised this one class, I akan bagi hadiah dekat diorang sebab menang main game.
Then memandangkan minggu ni agak sibuk dengan sukantara, I cuma sempat masuk class mereka hari Isnin je, sedangkan patutnya akan jumpa mereka setiap hari.
So tadi I cakapla, nanti claim hadiah dekat bilik guru, jumpa dua orang je satu-satu masa.
Time rehat ada la yang datang claim, pastu lepas rehat I ada class, sebelah class tu. Tapi time tengah mengajar tu tetiba ada yang datang cakap nak claim, I cakap la, "Mana ada sekarang. Kat bilik guru nanti."
Then ada lagi datang, "Saya suruh jumpa dekat bilik guru kan?"
Lepas tu ada lagi yang datang, "Saya tengah mengajar kan ni? Jumpa saya dekat bilik guru je nanti." - suara I pun dah start naik, and lepas tu takde dah datang. Hahah.
Nak tau tak, kalau sebelum ni I mungkin akan confused tak pasti nak teruskan mengajar ataupun nak entertain the kids -- like nak suruh ambil sendiri ke atau saya yang ambilkan then bagi diorang from the class. Tapi I belajar satu hal dengan my therapist -- boundaries.
Benda ni sebenarnya secara tak langsung je I belajar, from how therapist I handle bila ada orang datang nak kacau time I tengah consult with her. And I rasa macam penting sebab she's prioritizing me. Sebenarnya sebab she's telling the person yang nak kacau dia waktu tengah borak dengan I, and by saying yang dia tengah dengan I, I rasa didengari.
So, that is what I'm trying to do bila budak class lain datang kacau waktu I tengah mengajar. Dan I rasa macam, wow. Tak sangka I boleh praktikkan benda yang I nampak secara tak langsung dan I berjaya kawal apa yang I perlu kawal waktu tu.
And I think that is a good boundary yang I tengah praktiskan tu..
So, boundaries bukan sekadar benda yang kita boleh praktiskan untuk kepentingan diri sendiri sahaja tetapi juga untuk kepentingan pihak yang kita tengah dealing with.
Adios!
.jpg)

Comments
Post a Comment