YAKIN?
Tahun ni tahun terakhir saya berumur 20s. Walaupun pada dasarnya birthday saya hujung-hujung tahun jugak, dan saya selalunya gunakan umur by bulan/birthday, tapi faktanya secara tahun, saya dah 29 dan tak lama lagi dah 30.
Tapi hidup saya rasa macam baru je nak mula.
Ada banyak hal yang membuatkan saya terfikir, rasa macam banyak tahun dibazirkan untuk hal yang tidak sepatutnya saya utamakan.
Dan juga tentang hal-hal yang saya dah lepaskan, serta sedang mencari waktu untuk melepaskan sesuatu yang saya dah pegang sejak sekian lama.
Masa saya terasa seperti banyak terbazir untuk hal-hal yang saya ingin lakukan tetapi sebenarnya menyakitkan untuk terus berpegang pada hal itu, seolah-olah menggenggam bara api yang tak akan terpadam melainkan saya yang meletakkannya ke sisi.
Mungkin seperti seorang wanita yang tidak ingin meninggalkan suami yang memukulnya, memilih untuk bertahan kerana anak.
Mungkin juga seperti seorang kanak-kanak yang tetap ingin memegang aiskrim yang telahpun cair, dan tidak bercadang untuk memakannya, hanya memegang kerana ianya adalah suatu pembaziran untuk membuang makanan, meski ia bukan lagi 'makanan' yang selamat untuk dimakan...
.
Tetapi, masa-masa kelam itu bukanlah 100% teruk, melainkan waktu yang Dia berikan kepada kita untuk kembali berpaling kepadaNya, dekat, dan berada di pelukanNya..
Masa-masa kelam yang pernah kita lalui, adalah satu lambaian daripadaNya, untuk datang kembali menghadapNya, kembali kepada fitrah yang benar, kembali kepada pengharapan bukan selainNya, dan tentunya, waktu yang dia hilangkan seketika 'kesibukan' pada dunia, dek kerana sesak di dada lebih menggoncang dan meminta untuk berehat dari dunia...
..
Jadi, untuk mereka yang sedang diuji, tetaplah berpegang teguh pada ajaran Tuhan yang satu. Tetaplah yakin bahawa suatu saat kamu pasti akan melihat situasi hari ini dengan suatu pujian pada diri, kerana berupaya tetap yakin pada Dia yang Maha Esa..
MQ.
Comments
Post a Comment