Reda atau Redha (?)

"Apa dah definisi reda?"

"Reda tu bila kita dah tak rasa sakit dengan benda tu."


"Well, yeah about that. I learn something recently dan actually, you boleh je reda dan dalam masa yang sama, kalau tetiba benda tu sakit, itu tak bererti you belum reda lagi dengan apa yang berlaku."


.

Ada satu benda yang I belajar dari terapi, perasaan itu datang dan pergi. Dan reda itu juga adalah salah satu dalam kategori perasaan. Kita rasa tenang. Kita rasa bebas. Kita dah tidak dibelenggu oleh emosi-emosi yang pernah menyakitkan.


Tapi kita juga manusia. 


Perasaan itu boleh datang dan pergi, dan mungkin satu saatu ia mengetuk pintu hati kita buat seketika, dan tidak bermakna kita belum reda dengan ketentuan itu.


Badan kita menyimpan banyak emosi, dan bukan sahaja hati atau fikiran.


Secara mudah dan saintifiknya, fikiran kita adalah hal yang lebih mudah untuk kita kawal -- kita boleh ajar diri kita untuk menerima kenyataan dan memilih untuk tidak lagi sakit dengan hal-hal lampau. Dan saya rasa itu juga yang Tuhan ajarkan dengan konsep reda dalam Islam.


Tetapi ingat tak dikatakan juga bahawa badan kita akan menjadi saksi untuk apa yang berlaku dekat kita di dunia ni?


Secara logiknya, ini bererti badan kita juga menyimpan maklumat tu. Dan secara saintifiknya, saya pernah baca bahawa trauma turut tersimpan dalam badan kita.


Dan ini adalah salah satu punca untuk seseorang 'sukar' untuk melupakan atau 'reda' akan sesuatu perkara.


Kerana ia terlalu menyakitkan.


Ada banyak benda yang I belajar dalam terapi secara tidak langsung I boleh kaitkan dengan psikologi dari sudut Islam. 


Dan ada banyak hal yang kita boleh buat untuk belajar dan berdamai dengan segala rasa ni. 


Reda bukan tentang kita dah tak lagi sakit dengan rasa tu. Reda adalah sebuah rasa yang tenang meskipun benda tu masih lagi sakit, tapi kita tidak lagi menyimpan rasa sakit itu di hati untuk tempoh yang lama. Reda itu juga satu rasa yang kita mungkin dah maafkan, dan dengan kesibukan diri, kita tidak lagi memikirkan hal tersebut dengan rasa dendam atau sakit yang mendalam. 


Reda itu adalah sebuah rasa damai di hati, yang muncul setelah sakit yang sekian lama kita tanggung selama ini, mula hilang secara perlahan-lahan.


Reda dan sakit itu juga masih mampu untuk muncul dalam satu waktu yang sama, namun tanpa rasa damai di hati.


Reda itu juga adalah kita sudah mampu bersyukur dengan ujian yang menimpa dan bermohon kepada Tuhan agar ditetapkan pendirian dan hati, agar terus teguh di jalanNya.


Reda itu adalah sebuah rasa, yang memerlukan sebuah proses bagi mencapai kedamaian dalam hati..

Dan yang paling penting, "Reda itu bukan mati rasa."


Comments

Popular Posts