TENANG, SABAR -- PASTI ADA HIKMAHNYA
Sebenarnya saya baru je lepas tulis posting tentang perkahwinan tadi. Tapi dia macam, out of randomness sebab ada sesuatu yang buatkan saya terlintas and tulis je haha.
So, sekarang saya dah tenang dan lebih jelas pemikirannya, dan entahlah kenapa rasa nak tulis lagi satu posting. Tulisan tu maybe I revert to draft jelah nanti - lol.
You pernah tak rasa excited akan sesuatu, then BooM!, you punya excitement tu meletup. Yang mana semua benda jadi laju dan seronok.
Sampai you terlupa untuk relax and sit back.
I rasa, perasaan jatuh cinta antara hal yang boleh buat kita terleka dan hanyut dengan dunia.
Dan hasil daripada letupan tu, akan ada kerosakan-kerosakan yang kita tak sedar berlaku, sebab kita terpesona dengan 'letupan' tu.
Macam tengok bunga api. Saya masih ingat, dulu bunga api ni susah nak tengok. Waktu tertentu je macam countdown tahun baru, merdeka, atau event besar -- yang mana sangat jaranglah kita boleh tengok.
Dan saya ingat dulu masa kecil, saya rasa takut dengan bunga api, dengan ramai orang berkumpul, bunyi kuat, tapi bila dia meletup kat atas, kita nampak ianya cantik dan lupa segala hal-hal yang buat kita rasa tak selesa. Dan kemudian, apabila percikan tu turun ke bawah semula, ada orang tak rasa takut, gara-gara teruja dengan warna-warni di langit.
Tapi sekarang bila dah besar, semua orang dah boleh main bunga api.
Sejujurnya saya rasa bunga api dah bukan sesuatu yang istimewa. Sebab dah mudah nak tengok. Waktu raya, tak berhenti dari lepas berbuka sampai ianya dah dianggap sebagai gangguan. Haha. Rasa macam dah lari topik tiba-tiba tapi yeah.
Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya adalah kadang, kita lupa untuk bertenang dan bersabar -- hanya kerana kita merasa teruja dengan sesuatu perkara. Kita dah tak nampak keburukan sesuatu perkara, tentang kenapa sebelum ini kita memilih untuk berbuat hal yang berbeza, tapi datang je satu hal yang menyalakan keterujaan dalam hati kita, semua ketenangan tu hilang. Kesabaran seolah-olah tidak perlu wujud.
Dan kita terleka buat seketika.
Terpesona dengan 'kecantikan' sementara.
Hingga lupa, siapa Pencipta.
MQ, Serdang, 21.33, 11 Apr 26.
.jpg)

Comments
Post a Comment